Harian Metro

Tetap ‘jalan’

- Agensi

Serangan terbaru tak jejas pilihan raya 8 Jun

Pilihan raya umum Britain akan diteruskan pada Khamis ini, kata Perdana Menteri Theresa May semalam susulan kejadian serangan di ibu negaranya yang mengakibat­kan enam maut dan 48 cedera.

Beberapa parti politik termasuk Sejumlah penduduk London menawarkan rumah mereka kepada sesiapa yang terkandas dalam kejadian keganasan di London Bridge yang menyebabka­n tujuh orang terbunuh.

Menurut The Sun, penduduk di bandar itu menulis di Twitter untuk menawarkan mangsa kejadian tempat tinggal.

Hashtag #PrayForLon­don dan #SofaForLon­don mula menjadi popular beberapa minit sejurus berita mengenai kejadian itu tersebar.

Seorang pengguna Twitter yang menawarkan rumah dan makanan kepada mangsa kejadian keganasan ketiga di United Kingdom dalam tempoh 10 minggu, berkata: “Jika ada sesiapa yang terkandas Parti Konservati­f pimpinan Theresa serta pembangkan­g utama, Parti Buruh, menangguhk­an kempen mereka semalam, tetapi pemimpin itu berkata ia akan diteruskan semula hari ini.

“Bagi menghormat­i mangsa, dua parti politik ini bersetuju menangguhk­an kempen kami di peringkat kebangsaan untuk hari ini (semalam), tetapi kita tidak boleh membiarkan keganasan menghalang proses demokrasi.

“Jadi kempen akan diteruskan semula Isnin dan pilihan raya tetap diteruskan seperti dirancang pada Khamis ini.

“Pada masa sama kami mengucapka­n takziah kepada semua mangsa kejadian ini,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di depan pejabatnya di Downing Street office.

Pengguna media sosial sebelum itu menggesa pilihan raya ditangguhk­an susulan serangan lewat Sabtu itu, malah petisyen turut dimulakan mendesak pengundian tidak diadakan dalam masa terdekat.

Tujuh mangsa maut selepas tiga lelaki bersenjata­kan pisau menikam orang ramai selepas merempuh pejalan kaki menggunaka­n van putih di Jambatan London.

Ia berlaku kurang dua minggu selepas 22 orang maut akibat serangan bom di konsert penyanyi pop, Ariana Grande, di Manchester.

Pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn berkata di Twitter: “Kejadian kejam dan mengejutka­n di London. Takziah untuk mangsa dan keluarga mereka. Terima ka- sih kepada perkhidmat­an kecemasan.”

Susulan itu, Datuk Bandar London Sadiq Khan berkata, lebih banyak polis akan melakukan rondaan dan kawalan keselamata­n di London tetapi menggesa orang ramai tidak panik, tenang dan sentiasa berhati-hati.

“Penting untuk kita membuktika­n kita tidak takut dan satu caranya adalah keluar mengundi pada Khamis ini serta memahami pentingnya demokrasi, hak asasi dan kebebasan kita.

“Saya amat percaya pada proses demokrasi. Pada saya penting untuk kita mengundi dan menyedari satu perkara paling dibenci pengganas adalah proses pengundian serta demokrasi,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG beratur untuk Konsert One Love Manchester yang diadakan Ariana Grande bagi memperinga­ti mangsa serangan di bandar itu, baru-baru ini, yang tetap diteruskan selepas serangan lewat Sabtu lalu. - AFP
PENGUNJUNG beratur untuk Konsert One Love Manchester yang diadakan Ariana Grande bagi memperinga­ti mangsa serangan di bandar itu, baru-baru ini, yang tetap diteruskan selepas serangan lewat Sabtu lalu. - AFP
 ??  ?? BENDERA dikibarkan separuh tiang di Downing Street. - Reuters
BENDERA dikibarkan separuh tiang di Downing Street. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia