Harian Metro

Guna bahan letupan sama dengan serangan Paris

-

Manchester: Bahan letupan yang digunakan dalam serangan keganasan di Manchester Arena menyerupai bom yang digunakan pejuang Daish dalam serangan di Paris pada 2015 dan mungkin direka orang yang sama.

Dakwaan yang dibuat malam semalam oleh sumber keselamata­n itu sekali gus menepis kenyataan polis Manchester yang mengatakan pengebom berani mati, Salman Abedi, 22, bertindak sendirian.

Polis minggu lalu berkata, Salman bertindak sendirian dalam tempoh empat hari selepas tiba di Britain dari Libya serta meletupkan

>>Dakwaan yang dibuat oleh sumber keselamata­n mengatakan pengebom berani mati bertindak sendirian

bom di badannya ketika konsert pop Ariana Grande, yang menyebabka­n 22 terbunuh dan 116 cedera.

Bagaimanap­un sumber keselamata­n semalam berkata: “Walaupun Salman membawa bahan letupan itu ke Manchester Arena, bukan dia yang mereka bom itu.

“Sebaliknya, ada orang lain melakukann­ya sama seperti tiga pengebom berani mati yang meletupkan diri di luar Stade de France di Paris pada November 2015. Ciri-ciri pada bahan letupan di Manchester dan Paris adalah sama.”

Sementara itu, di Brussels, kelmarin, seorang suspek dalam serangan di Bataclan, Paris, pada 2015 yang menyebabka­n 130 kematian didakwa atas tuduhan mengetuai kumpulan pelampau.

Yassine Atar, 30, didakwa atas tuduhan melaksanak­an ‘pembunuhan keganasan’ dan ‘menjadi ketua dalam aktiviti kumpulan pengganas,’ kata pendakwa Belgium.

Rakyat Belgium itu ditangkap pada 27 Mac 2016, lima hari selepas pengebom berani mati menyerang lapangan terbang serta kereta api metro di Brussels. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia