Harian Metro

Serangan di London satu ‘trend baru’

-

London: Perdana Menteri Theresa May menyifatka­n serangan terbaru di London sebagai satu ‘trend baru’ keganasan dan mengakui strategi antikegana­san Britain perlu disemak susulan serangan ketiga dalam kurang tiga bulan di negara itu.

Menurutnya, beberapa siri serangan itu memberi gambaran yang salah mengenai Islam dan strategi memerangi keganasan Britain perlu dikaji semula.

“Kita sedang berdepan ancaman trend terbaru selepas berdepan keganasan demi keganasan.

“Cukup-cukuplah. Kita tidak boleh berpura-pura semuanya baik dan boleh terus begini.

“Kita memerlukan strategi antikegana­san termasuk hukuman penjara lebih berat dan peraturan keselamata­n siber baru,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam televisyen semalam.

Jambatan London hab pengangkut­an utama dan terletak berhampira­n Borough Market, kawasan dipenuhi bar dan restoran yang sentiasa sibuk pada malam minggu.

Sehingga kini kawasan itu masih ditutup dan diawasi polis bersenjata serta anggota pencegah keganasan dengan stesen kereta api turut ditutup sementara penyiasat forensik turut dilihat melakukan kerja di jambatan berkenaan.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab terhadap serangan terbaru itu.

Kejadian berlaku kurang dua minggu selepas serangan pengebom berani mati Daish yang menyebabka­n 22 orang terbunuh termasuk kanak-kanak di konsert bintang pop Ariana Grande di Manchester. - Reuters

 ??  ?? THERESA
THERESA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia