Harian Metro

Juadah sentuhan tradisi

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Hotel Seri Malaysia seluruh negara tampil 100 hidangan bermula harga RM33

Sempena Ramadan ini, Hotel Seri Malaysia di seluruh negara menampilka­n pelbagai konsep sentuhan tradisi dengan l00 hidangan bagi setiap promosi bufet buka puasa.

Di bahagian utara misalnya, Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis mengetenga­hkan konsep Bingkisan Kasih Ramadan yang menawarkan pelbagai menu ala kampung sebagai hidangan utama.

Selera Seri Malaysia di Hotel Seri Malaysia

Kepala Batas, Pulau Pinang, pula menyajikan gulai ikan darat dan gulai kawah, manakala Hotel Seri Malaysia Alor Setar, Kedah, tampil dengan daging masak hitam istmewa, perut lembu masak lemak dan gulai burung puyuh.

Hotel Seri Malaysia Sungai Petani, Hotel Seri Malaysia Taiping, Hotel Seri Malaysia Ipoh di Perak dan Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang pula menghidang­kan resipi warisan dengan ramuan rempah ratus berkualiti bagi menghasilk­an kambing bakar serta daging gulai kawah istimewa yang dihidangka­n pada setiap hari.

Iftar Selera Kelulut cita rasa masakan Melayu dari Hotel Seri Malaysia Marang, Terengganu yang menampilka­n sentuhan rasa masakan Melayu sejati menggunaka­n resepi tersendiri seperti ayam percik bonda.

Hotel Seri Malaysia

Kuala Terengganu pula menawarkan menu sajian timur tengah seperti nasi kabsa bersama daging kambing dan colek kaki ayam sebagai hidangan istimewany­a pada setiap hari, manakala Hotel Seri Malaysia Rompin, Negeri Sembilan pula menyajikan menu istimewa nasi beriani kambing, daging dan ayam sebagai hidangan utama.

Tidak mahu terkecuali, Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang menyediaka­n menu tradisi yang menjadi identitiny­a iaitu ikan patin gulai asam tempoyak, ikan patin goreng rangup dan ikan patin panggang.

Hotel Seri Malaysia Kuantan pula menyajikan daging opor dan ayam kerutub, selain Hotel Seri Malaysia Genting Highlands yang menawarkan menu masakan kampung seperti siput sedut masak lemak dan gulai tempoyak.

Beralih ke zon Selatan, Hotel Seri Malaysia Seremban dan Hotel Seri Malaysia Port Dickson turut bersama memeriahka­n promosi berbuka puasa dengan menu ala kampung masakan asli Negeri Sembilan.

Cita rasa Seri Mersing di Hotel Seri Malaysia Mersing juga menyediaka­n menu tradisi ala kampung seperti gulai kawah, ikan masak asam pedas, daging masak berlada, sotong sambal, ikan keli berlada dan sebagainya.

Resipi Tradisi Sajian Ala Bandar di Hotel Seri Malaysia Melaka menawarkan gulai kawah dan ayam bakar serta pelbagai hidangan istimewa lain.

Dengan konsep idea Kuali Anak Dara, Hotel Seri Malaysia Lawas menyajikan nasi minyak Kuala Lawas, nasi kunyit si bujur Sirih, umai tenggiri, sambal tahai dan ikan liking Pantai Punang serta pelbagai hidangan pencuci mulut.

Promosi yang ditawarkan semua Hotel Seri Malaysia ini sehingga 24 Jun 2017 dengan harga bermula daripada RM33 bagi dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak.

Hubungi 03- 22997800 dan melalui laman sales@serimalays­ia.com.my untuk tempahan atau pertanyaan.

 ??  ??
 ??  ?? PELBAGAI hidangan istimewa disajikan Hotel Seri Malaysia sempena bufet Ramadan kali ini.
PELBAGAI hidangan istimewa disajikan Hotel Seri Malaysia sempena bufet Ramadan kali ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia