Harian Metro

‘Iftar Antarabang­sa’

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Restoran Pot & Pan PICC janjikan kelainan citarasa ratusan hidangan

Restoran Pot & Pan, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) sekali lagi berkongsi kemeriahan berbuka puasa dengan menyediaka­n lebih 300 juadah yang boleh dipilih menerusi hidangan bufetnya.

Berkonsepk­an ‘Iftar Antarabang­sa’, hidangan yang disajikan terdiri daripada juadah warisan Melayu dan juga antarabang­sa.

Nasi beriani buluh, kaki lembu panggang dan ikan bakar istimewa adalah hidangan yang julung kali dihidangka­n pada tahun ini.

Hidangan ini menjanjika­n kelainan cita rasa dan pastinya menjadi tumpuan pengunjung untuk buka puasa di PICC.

Menu khas chef yang lain adalah kari kambing rusuk nangka muda, kari ikan tenggiri bersama tomato dan bendi, rendang tok, daging hitam manis dan nasi dagang, aneka jenis sup, aneka mi serta makanan arab.

Bagi penggemar masakan pantai Timur pula, nasi kerabu, daging bakar, ayam percik dan solok lada turut disediakan.

Restoran Pot & Pan juga menyediaka­n hidangan pemanis mulut ala kampung seperti pengat nangka, pengat pisang, bubur kacang hijau durian, talam cendol, kuih lapis, wajik durian dan talam keladi yang pastinya menggamit memori kita.

Sepanjang Ramadan ini, pengunjung dihiburkan oleh artis undangan iaitu Rosma AF yang akan bersama memeriahka­n waktu berbuka puasa di PICC.

Harga bufet Ramadan yang ditawarkan adalah RM98 untuk dewasa dan bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun hanya RM49 seorang.

PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa korporat dengan pakej yang menarik. Segala pertanyaan dan tempahan boleh dibuat dengan menghubung­i talian 03-88876000 atau menerusi laman web www.picc.com.my.

Ikuti www.facebook.com/piccmalays­ia dan Twitter @piccmalays­ia untuk mendapatka­n maklumat lanjut dan terkini.

 ??  ?? BARISAN cef yang menyediaka­n juadah bufet Ramadan di Restoran Pot & Pan. ROSMA AF menghiburk­an tetamu.
BARISAN cef yang menyediaka­n juadah bufet Ramadan di Restoran Pot & Pan. ROSMA AF menghiburk­an tetamu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia