Harian Metro

BANGKIT REBUT TEMPAT KE-12

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Hafizh raih empat mata pada perlumbaan GP Itali

Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mempamerka­n tunggangan meyakinkan apabila menduduki tempat ke-12 walaupun bermula dari petak ke-20 pada perlumbaan Grand Prix Itali di Litar Mugello, semalam.

Hafizh yang mewakili PETRONAS Raceline Malaysia meraih empat mata dan pada satu ketika mampu untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 apabila dia berada di kedudukan berkenaan dari pusingan kesembilan hingga ke-10.

Bagaimanap­un, dia mula tergelinci­r di tempat ke-11 pada pusingan ke-15 dan di

(gambar)

pusingan kedua terakhir berada di kedudukan ke-12 sebelum bangkit semula untuk menamatkan saingan di tempat ke-12.

Pencapaian terbaik Hafizh selepas enam perlumbaan masih lagi di

GP

Argentina apabila dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Empat mata yang diraih semalam menjadikan jumlah keseluruha­n yang dikumpulny­a 19 mata dan berada di kedudukan 14 kategori pelumba.

Seorang lagi pelumba Moto2, Khairul Idham Pawi menamatkan perlumbaan di tempat ke-26 dan kedudukan terbaik pelumba Idemitsu Honda Team Asia itu selepas enam perlumbaan ialah meraih kedudukan ke-22 di GP Perancis.

Mattia Pasimi dari Italtrans Racing Team muncul juara selepas mengetepik­an Thomas Luthi (CarXpert Interwette­n) di tempat kedua, manakala Alex Marquex (EG 0,0 Marc VDS) di tempat ketiga.

Sementara

itu, pelumba Moto3 negara, Adam Noroddin berjaya menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat ke-18 walaupun bermula dari petak ke-22.

Pelumba SIC Racing Team itu bangkit daripada dua perlumbaan yang mengecewak­an di GP Sepanyol dan Perancis sebelum ini, apabila di Litar Jerez dia terbabit dalam kemalangan pada pusingan ke-12, manakala di Litar Le Mans dia gagal berada di petak dalam perlumbaan semula.

Perlumbaan Moto3 yang berlangsun­g sengit semalam dimenangi oleh Andrea Migno dari SKY Racing Team VR46, manakala tempat kedua pula milik pelumba Del Conca Gresini Moto3, Fabio Di Giannanton­io dan Juanfran Guevara (RBA BOE Racing Team) menduduki tempat ketiga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia