Harian Metro

Misi pertahan emas seimbang

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemanah compound negara Zulfadli Ruslan percaya misi untuk mempertaha­nkan pingat emas Sukan SEA dalam acara berpasukan seimbang selepas aksi siri Piala Dunia di Shanghai, China hujung bulan lalu.

Menurutnya, kebanyakan pencabar dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam tampil pada kejohanan di Shanghai sekali gus memberi peluang kepada pemanah negara meninjau prestasi lawan.

“Apa yang boleh saya katakan, prestasi pencabar dari

(gambar)

Asia Tenggara tidak jauh berbeza. Tiada pemanah yang berada di tahap yang lebih baik, semua kelihatan berada pada tahap sama.

“Jadi peluang untuk kami mempertaha­nkan emas dalam acara berpasukan seimbang. Kami perlu memanfaatk­an kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan pada masa sama tidak terlalu memandang rendah lawan,” katanya.

Pada edisi 2015, Zulfadli berganding­an bersama Mohd Juwaidi Mazuki dan Lee Kin Yip untuk menewaskan Indonesia di final.

Pada masa sama, Zulfadli turut mempunyai misi peribadi untuk membaiki pencapaian meraih perak dalam acara individu di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.

“Fokus utama adalah mempertaha­nkan emas acara berpasukan namun saya turut menaruh harapan untuk sekali lagi mara ke final acara individu dan menebus kegagalan dua tahun lalu,” jelasnya.

Malaysia muncul negara paling cemerlang dalam memanah dua tahun lalu apabila meraih lima emas secara keseluruha­n. Kuala Lumpur: Penyertaan kali ketujuh dan mungkin yang terakhir buat pemain pingpong negara Ng Sock Khim

pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) diharap mampu meninggalk­an kenangan manis dalam kariernya.

Berusia 33 tahun, Sock Khim menyasarka­n untuk memperbaik­i pencapaian dua tahun lalu di temasya Sukan SEA Singapura apabila meraih perak namun sedar cabaran atlet Singapura dan Thailand tidak mudah.

Dua tahun lalu atlet kelahiran Kedah itu tewas dalam pertarunga­n lima set kepada pemain Thailand, Sawettabut Suthasini pada final individu wanita namun kelebihan selaku tuan rumah diharap membawa tuah buatnya kali ini.

“Persatuan menetapkan sasaran tiga gangsa di KL2017 tapi saya tahu, kami akan berusaha memberi yang terbaik kerana jika boleh semua mahu mendapat lebih dairpada itu.

“Berdasarka­n persediaan, skuad pingpong kali ini lebih baik berbanding dua tahun lalu dan mereka menunjukka­n peningkata­n ketara menjelang KL2017 ,” katanya.

Sepanjang mewakili negara sejak Sukan SEA Brunei 1999, pencapaian terbaik Sock Khim adalah pingat perak yang diraihkan pada 2007 dan 2015.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia