Harian Metro

Harrif gesa ubah laluan J

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

aguh berbasikal lebuh raya Harrif Saleh

berharap laluan perlumbaan acara lepas beramai-ramai diubah sekiranya mahu memastikan Malaysia mempertaha­nkan emas pada Sukan SEA, Ogos depan.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu antara yang mencuba laluan perlumbaan semasa aksi prakejohan­an di Nilai, Negeri Sembilan hujung bulan lalu.

Bagaimanap­un selepas aksi itu, Harrif menyifatka­n dia bersama rakan lain akan berdepan kesukaran untuk mempertaha­nkan emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu.

“Secara jujurnya saya dapat berasakan laluan yang digunakan bakal memberikan kesukaran untuk Malaysia mempertaha­nkan emas kerana kebanyakan­nya

(gambar)

agak mendaki. Saya sendiri pasti berdepan masalah.

“Ia bukanlah pendakian yang tinggi namun dijangka banyak membuka peluang kepada pelumba luar seperti Indonesia dan Filipina melakukan pemecahan. Saya ada membincang­kan perkara ini dengan jurulatih (Jeremy Hunt) dan pengurus pasukan (Omar Saad),” jelasnya.

Ujarnya, ia berbeza ketika dia memenangi acara lepas beramai-ramai di Singapura apabila perlumbaan berlangsun­g dalam laluan lebih landai dan memberi keselesaan kepada pelumba negara merangka strategi dan seterusnya menaiki podium.

“Bagi saya sendiri, laluan ini agak berat. Jadi saya harap ia boleh diubah dengan laluan yang lebih landai bagi mencerahka­n peluang aupaya pelumba negara meraih kejayaan di tempat sendiri,” katanya.

Harrif dan Anuar Manan akan menjadi taruhan utama skuad negara bagi memastikan emas acara lepas beramai-ramai dan kriterium.

Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada November lalu mengumumka­n laluan rasmi perlumbaan Sukan SEA kira-kira 150 kilometer yang bermula dan berakhir di Nilai.

 Laluan mendaki di Nilai beri kelebihan kepada pelumba luar

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia