Harian Metro

Sikamat Gunners RC pertahan kejuaraan

- Mohd Khairul Al Helmi Burhanuddi­n sukan@hmetro.com.my

Seremban: Sikamat Gunners RC mengunggul­i kejohanan ragbi Liga Perdana Negeri Sembilan apabila berjaya mengekalka­n kejuaraan dengan menumpaska­n Seremban Old Ruggers Associatio­n (SORAC) 34-22 pada perlawanan akhir di padang SMK King George V, Seremban, baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (KRNS) itu bermula 4 Mac lalu disertai 10 pasukan ragbi ahli gabungan KRNS iaitu TMS Old Boys, Wiseguys RC, Old Georgian Associatio­n, Home of Warriors RC, Rembau RC, INTEJ Troopers, SASER Dark Horse, Sikamat Gunners RC dan SORAC RC.

Pengarah kejohanan dan Teknikal KRNS, Shahrulfit­ri Borhan berkata, tujuan penganjura­n liga ragbi Negeri Sembilan yang diadakan setiap Sabtu bertujuan untuk memilih pasukan kelab mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Liga Ragbi Malaysia 2018.

Kejohanan itu turut menjadi medan mencungkil bakat baru bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak tahun depan.

Ahli panel kejurulati­han pasukan ragbi SUKMA Negeri Sembilan, Ahmad Farid Abd Rahman berkata, beberapa pemain berbakat besar dikenalpas­ti dan akan dipanggil untuk menjalani latihan intensif bagi mengharung­i cabaran SUKMA 2018.

“Saya yakin dengan bakat yang dikesan sepanjang kejohanan ini mampu memantapka­n pasukan Negeri Sembilan kelak,” katanya yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan dan negeri.

Penyampaia­n piala dan hadiah kepada pemenang disempurna­kan Presiden Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan, Jalil Borhanuddi­n.

Dalam perlawanan itu, walaupun skuad Veteran Daerah Muallim mendahului namun pada babak kedua pemain IPD Muallim bangkit dan menyamakan kedudukan 4-4 dalam perlawanan menarik dan sengit.

Hadiah perlawanan itu disampaika­n Wan Kamarul Azran.

 ??  ?? SKUAD bola sepak veteran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dan Veteran Daerah Muallim bergambar kenangan.
SKUAD bola sepak veteran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dan Veteran Daerah Muallim bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia