Harian Metro

‘Semua sudah selesai’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Selepas lebih dua bulan akhirnya kes pampasan kontrak bekas jurulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Frank Bernhardt dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya diselesaik­an semalam.

Bernhardt yang dipecat Mac lalu akhirnya bersetuju dengan tawaran penyelesai­an kontrak yang diberikan oleh badan induk itu bagaimanap­un enggan menjelaska­n secara terperinci.

“Semua sudah selesai, ya saya gembira apabila perkara ini dapat diselesaik­an dengan baik. Tiada apa lagi saya ingin jelaskan lagi, terima kasih,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Arena Metro semalam.

Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan mengenai dakwaan rasa tidak puas hati Bernhardt berhubung tawaran pampasan kontrak oleh FAM kepadanya.

Difahamkan, FAM hanya mahu membayar baki kontrak tiga bulan daripada jumlah 10 bulan kepada jurulatih dari Jerman itu.

Tawaran itu tidak dipersetuj­ui oleh Bernhardt dan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianath­an menyatakan bekas jurulatih skuad muda negara itu berhak untuk membawa kes berkenaan ke pengetahua­n FIFA andai tidak berpuas hati.

Bernhardt dilantik oleh FAM pada Disember 2015 menerusi perjanjian kontrak dua tahun selepas pemilihann­ya dipersetuj­ui oleh Jawatankua­sa Petugas Khas yang dibentuk bagi mencari jurulatih skuad B-22 negara.

Bagaimanap­un beliau dipecat secara tiba-tiba selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Presiden baru FAM Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh bekas jurulatih Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee.

Bernhardt mengesahka­n masih belum membuat perancanga­n mengenai kariernya selepas ini namun mengucapka­n selamat berjaya kepada bekas anak didiknya yang bakal mengharung­i pusingan kelayakan Kejohanan B-23 AFC di Bangkok Julai ini dan Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos.

“Buat masa ini saya belum fikir sebarang perancanga­n lagi. Saya mahu menyelesai­kan urusan ini (dengan FAM) dulu. Mengenai skuad B-22, saya sudah tidak ada apa-apa dengan mereka tapi saya ingin mengucapka­n semoga berjaya kepada semua pemain,” katanya.

 Bernhardt, FAM capai kata sepakat tamatkan kemelut pampasan kontrak

 ??  ?? BERNHARDT puas hati.
BERNHARDT puas hati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia