Harian Metro

Usah dipanjangk­an

-

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin

menjelaska­n isu tuntutan baki gaji bekas jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt tidak perlu dipanjangk­an lagi kerana ia sudah selesai.

Beliau mengadakan pertemuan dengan Bernhardt semalam dan hasil perbincang­an itu berjaya mencapai persetujua­n kedua-dua pihak.

“FAM mengambil sikap untuk tidak mengulas mengenai isu ini sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincang­an dengan Bernhardt.

“Penyelesai­an dan keputusan yang dibuat hari ini turut mendapat perkenan Presiden

FAM, Tunku

Ismail Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak

(gambar)

perlu dipanjangk­an lagi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Arena Metro sebelum ini melaporkan mengenai tuntutan pampasan kontrak Bernhardt selepas beliau dipecat Mac lalu.

Difahamkan pengendali dari Jerman itu tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan tiga bulan baki kontrak oleh FAM sedangkan kontrak asalnya masih berbaki 10 bulan.

Jika gagal mencapai persetujua­n bersama, Bernhardt bersedia untuk merujuk kes berkenaan kepada Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan jika itu berlaku sudah pasti akan mencalar imej pentadbira­n baru FAM.

Bekas Setiausaha Agung Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan yang mengulas isu itu sebelum ini berpendapa­t kes seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana dianggap memalukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia