Harian Metro

Harap ada peluang kedua

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Bekas penjaga gol Kelantan, Halim Napi berharap Farizal Marlias diberi peluang kedua untuk memperbaik­i kesilapann­ya sekalipun mengakui tindakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu menolak pengadil memang satu kesalahan.

Justeru dia berdoa Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) tidak mengenakan hukuman yang terlalu berat ke atas Farizal sebaliknya cukup untuk dijadikan pengajaran oleh penjaga gol itu.

“Pada saya apa yang dilakukan oleh Farizal itu satu tindakan spontan ekoran perasaan kecewa selepas pengadil memberikan sepakan penalti pada minit-minit akhir yang membawa kepada kekalahan Johor DT.

“Saya tidak kata tindakan Farizal itu betul. Ia agak keterlalua­n terutama apabila membabitka­n pengadil. Dia memang salah dan patut dikenakan hukuman.

“Cuma, saya berdoa supaya Farizal tidak dikenakan tindakan terlalu berat seperti digantung seumur hidup. Sebaliknya, berilah dia peluang kedua untuk memperbaik­i kesilapan dengan dikenakan hukuman ringan sebagai pengajaran.

“Saya juga harap AFC dapat mengambil kira rekod Farizal sebelum ini yang ternyata bersih. Setahu saya, apa yang dilakukann­ya dalam perlawanan itu kesalahan pertama,” ujarnya.

Halim yang kini menjadi jurulatih penjaga gol skuad Piala Presiden Kelantan berkata, jika Farizal dikenakan hukuman berat, ia bukan saja akan memusnahka­n karier malah menjejaska­n kehidupann­ya.

 Halim doakan moga AFC ambil kira rekod bersih Farizal

“Saya sudah melalui pengalaman ini dan tahu akibatnya. Walaupun hukuman seumur hidup saya dikurangka­n kepada setahun selepas rayuan, namun ia memberi impak besar kepada kehidupan saya.”

 ??  ?? FARIZAL
FARIZAL
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad semalam.
LAPORAN Metro Ahad semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia