Harian Metro

Buffon tabik Real

- AFP

 Penjaga gol Juventus akui lawan dalam kelas tersendiri

Kapten Juventus Gianluigi Buffon mengakui kehebatan dimiliki Real Madrid menjadi faktor penentu selepas pasukannya tumpas 1-4 pada final Liga Juara-Juara di Cardiff, awal pagi semalam.

Cristiano Ronaldo menjaringk­an dua gol bagi membantu Madrid membenam Juventus di Stadium Nasional Wales untuk muncul pasukan pertama mempertaha­nkan kejuaraan Piala Eropah selepas AC Milan pada 1990.

Bintang Itali Buffon, 39, yang kini tewas tiga final Liga Juara-Juara selepas dua kali kecewa pada 2003 dan 2015 manakala Juve tewas lima edisi terakhir Piala Eropah, mengumpul tujuh gelaran naib juara.

“Kami kecewa,” kata Buffon. “Kami bermain baik pada babak pertama. Kami sangka sudah cukup bagus untuk menang perlawanan ini. Saya tak boleh jelaskan mengapa kami bermain seperti itu pada babak kedua.

“Real Madrid berhak menang pada babak kedua. Mereka mempamerka­n kelas dan sikap yang diperlukan dalam permainan ini.”

Jaringan awal Ronaldo pada minit ke-20 disamakan Mario Mandzukic, apabila pemain Croatia itu melakukan jaringan menarik sepakan voli melepasi penjaga gol Madrid, Keylor Navas.

Namun Casemiro kembali meletakkan Madrid di depan sebelum sejam perlawanan sebelum gol berikutnya daripada Ronaldo dan pemain gantian Marco Asensio mengesahka­n kejuaraan buat pasukan Zinedine Zidane juara Eropah tiga kali dalam empat musim terakhir.

 ??  ?? GAWANG Buffon ditembusi pemain Real, Asensio.
GAWANG Buffon ditembusi pemain Real, Asensio.
 ??  ?? ALLEGRI mententera­mkan Buffon selepas tamat perlawanan.
ALLEGRI mententera­mkan Buffon selepas tamat perlawanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia