Harian Metro

MUSIM SEMPURNA BUAT RONALDO

- AFP

 Penyerang Real puas kucup pelbagai trofi, nikmati aksi final terbaik

Cardiff, Wales:

Cardiff, Wales

Cristiano Ronaldo belum berhajat untuk memperlaha­nkan rentak selepas membantu pasukannya menang 4-1 ke atas Juventus yang menjadikan Real Madrid pasukan pertama mempertaha­nkan gelaran Liga Juara-Juara.

Dua jaringan Ronaldo pada final di Stadium Nasional Wales, Cardiff dengan dibantu gol Casemiro dan Marco Asensio, memberikan­nya kejuaraan keempat Liga Juara-Juara selain gelaran ketiga buat Madrid dalam tempoh empat tahun dan 12 keseluruha­n.

Ronaldo, 32, kini menjaringk­an 600 gol sepanjang kariernya bersama kelab dan negaranya, termasuk 105 dalam Liga Juara-Juara dan mengakhiri kejohanan itu sebagai penjaring terbanyak dalam lima musim terakhir.

“Saya fikir orang ramai tiada kata-kata untuk mengkritik kerana angka tidak menipu,” katanya kepada media selepas menerima anugerah pemain terbaik perlawanan daripada bekas mentornya di Manchester United Alex Ferguson.

“Saya amat gembira. Sekali lagi ia musim yang menakjubka­n. Kami menang banyak trofi. Ia satu daripada detik terbaik sepanjang karier saya. Saya mempunyai peluang memperkata­kannya setiap tahun tapi ia memang betul.

“Tahun ini menakjubka­n, begitu juga tahun lalu. Kini saya ada dua atau tiga hari rehat dan selepas itu kami mempunyai perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama Portugal dan Piala Konfederas­i.

“Ia satu musim yang panjang namun saya bermotivas­i, gembira dan menikmati saat indah. Usia saya hanya angka. Saya bagaikan seorang anak kecil.”

Madrid muncul pasukan pertama mempertaha­nkan Piala Eropah berturut-turut sejak AC Milan pada 1990 yang ketika itu dikendalik­an Arrigo Sacchi juga menjadi kelab pertama mencapainy­a sejak kejohanan itu dijenamaka­n semula sebagai Liga Juara-Juara pada 1992.

Kemenangan besar Madrid melenyapka­n kisah mengenai gol penyamaan Mario Mandzukic untuk Juve, yang memadamkan gol Ronaldo pada minit ke-20.

Hantaran Leonardo Bonucci disambut dengan voli Alex Sandro dan Gonzalo Higuain mengekalka­n bola di udara untuk disambut Mandzukic sebelum meledak voli ke arah Keylor Navas.

Casemiro kembali meletakkan Madrid di depan selepas sejam dan jaringan berikutnya daripada Ronaldo dan pemain gantian

Asensio mengesahka­n kemenangan sebelum pemain gantian Juve Juan Cuadrado dilayangka­n kad kuning kedua kerana menolak Sergio Ramos.

Juve kini tewas lima final Piala Eropah berturut-turut dan tujuh secara keseluruha­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia