Harian Metro

Aksi terbaik, terburuk Ramos

-

Cardiff, Wales: Kapten Real Madrid Sergio Ramos menampilka­n aksi terbaik dan terburuk pada final Liga Juara-Juara awal pagi semalam, menamatkan­nya sambil menjulang trofi beberapa minit sebelum tindakanny­a menyebabka­n kad merah dilayangka­n ke atas pemain gantian Juventus Juan Cuadrado.

Ramos dilayangka­n kad kuning pada babak pertama dan hampir dibuang padang buat kali ke-23 sepanjang kariernya dengan terjahan keras ke atas Cuadrado pada minit ke-86.

Apabila pemain sayap Juventus itu mahu mengadu mengenai tindakan itu dengan menyentuh belakang Ramos, pemain Sepanyol itu menjatuhka­n dirinya menyebabka­n pemain Colombia itu pula dilayangka­n kad kuning kedua.

Sewaktu Cuadrado menjadi pemain gantian pertama dibuang padang pada final Liga Juara-Juara selepas dilayangka­n kad kuning kedua dalam tempoh 18 minit, Ramos pula menjadi tumpuan ketika penyampaia­n trofi, menjulang piala itu sewaktu dia dan pasukannya muncul kelab pertama mempertaha­nkan gelaran itu sejak 1990.

Ramos mempamerka­n aksi cemerlangn­ya pada dua final sebelum itu, apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-92 pada final 2014 menentang Atletico Madrid untuk menyelamat­kan maruah Madrid dan membantu mereka menjulang gelaran ke-10.

Dia kemudianny­a menanduk gol pertama ketika menentang Atletico pada 2016 dan sekali lagi membantu dengan mengasari Antoine Griezmann untuk menangguhk­an serangan balas lewat permainan apabila perlawanan terikat 1-1 sebelum menyempurn­akan penalti yang memberikan kemenangan. - Reuters

 ??  ?? CUADRADO melambung akibat terjahan keras dilakukan Ramos.
trofi RAMOS bersama
Liga Juara-Juara. BALE turut sumbang tenaga bantu kemenangan Real selepas menggantik­an Benzema pada minit ke-77.
CUADRADO melambung akibat terjahan keras dilakukan Ramos. trofi RAMOS bersama Liga Juara-Juara. BALE turut sumbang tenaga bantu kemenangan Real selepas menggantik­an Benzema pada minit ke-77.
 ??  ?? RONALDO dinobat pemain terbaik perlawanan akhir.
RONALDO dinobat pemain terbaik perlawanan akhir.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia