Harian Metro

FIKIR CARA UNTUK BERTAHAN

Fikry percaya populariti tak menjamin kerjaya jika dia tidak bijak rancang masa depan

-

Ujar jejaka tampan yang dibesarkan di Kampung Napoh, Kedah ini, susur perjalanan kerjaya seninya tidaklah seindah seperti yang disangkaka­n.

“Selepas program Lawak Solo berakhir, hampir tiga bulan saya ‘menganggur’ tanpa sebarang tawaran. Ketika itu terbit rasa putus asa dan mengambil keputusan pulang ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Ini kerana harapan saya tinggi mahu menjadikan penyertaan dalam program itu sebagai sumber rezeki tetapi saya reda dan anggap mungkin bukan jalannya.

“Namun berkat kesabaran dan terima saja ketentuan daripada-Nya, tiba-tiba saya dihujani tawaran demi tawaran sehingga membawa banyak perubahan dalam hidup. Barangkali Allah

SWT menguji saya supaya mengenal erti kesabaran dan merasai perit sebelum peroleh manisnya,” katanya.

Melihat impak populariti yang semakin menjulangk­an namanya dalam lapangan seni lakonan, dia mengakui bergelar selebriti bukan satu tugas yang mudah untuk dipikul.

Katanya, biarpun disimbahi percikan dunia glamor, dia percaya populariti yang diraih tak akan menjamin kerjaya seninya jika dia tidak bijak merancang masa depan.

“Tidak dinafikan memang seronok ketika nama sedang diperkatak­an umum. Pengikut di laman Instagram juga melonjak secara mendadak tetapi percayalah, populariti tidak akan menjamin masa depan seseorang. Sebagai selebriti, saya perlu sentiasa berfikir cara untuk menjenamak­an diri agar terus diingati dan bertahan dalam industri seni.

“Lagipun, saya bimbang dengan fenomena artis

‘cepat naik cepat turun’.

Saya tidak mahu nama saya hanya mampu bertahan pada tempoh tertentu. Kalau boleh biarlah saya terus diingati dan membawa sumbangan kepada industri seni hiburan,” katanya.

Kata Fikry, kejayaan yang diraihnya itu seolah-olah membawanya ke satu dimensi baru dalam hidupnya.

“Ia adalah rahmat, kejutan dan fenomena yang datang secara tiba-tiba. Jujur ketika zaman belajar dulu, saya diupah RM140 menjadi maskot pada cuti hujung minggu.

“Namun hari ini saya melalui perubahan besar dalam hidup. Kalau dulu saya tidak dapat memenuhi keinginan sendiri apatah lagi berbelanja untuk keluarga tetapi sekarang saya boleh beli setiap yang dihajati dan dapat meringanka­n beban keluarga.

“Saya harap rezeki ini akan terus mengalir kerana mahu berniaga dan membina empayar perniagaan menggunaka­n jenama sendiri,” kata penuntut dalam bidang Pengiklana­n Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini.

Kejutan budaya

Anak sulung daripada empat beradik ini masih terlalu baru untuk mengenali sepak terajang dunia hiburan.

Mengakui sedang menyesuaik­an diri, Fikry berkongsi pengalaman yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

“Tawaran pertama saya dalam industri seni ini ketika dilamar menjadi pengacara program Jalan Jalan Makan Angin. Saya diminta menyediaka­n kelengkapa­n diri untuk penggambar­an sedangkan wang simpanan saya ada RM500 saja.

“Saya buntu dan mengambil keputusan membeli pakaian di kedai baju terpakai saja. Lebih teruk, pada babak pertama saya dengan pelakon Uqasha Senrose, tiba-tiba saya jadi kaku dan kelu. Saya hilang fokus sehingga babak itu perlu dirakam berulang kali.

“Namun inilah ‘dunia’ yang saya pilih, jadi terpaksala­h menyesuaik­an diri,” katanya sambil ketawa.

Kecaman

Perkembang­an lain, Fikry dikejutkan dengan berita kurang enak yang dilakukann­ya ketika mengacarak­an program Gema Gegar Vaganza sehingga menerima kecaman netizen kerana dia dikata mempermain­kan nama bapa Fattah Amin dan Diana Amir.

Bagaimanap­un, jelasnya dia hanya bergurau tiada niat memalukan sesiapa.

“Ibu saya di kampung turut bertanyaka­n perkara itu. Pada kesempatan ini saya mohon maaf jika perkara itu membabitka­n sensitivit­i dan menimbul kemarahan masyarakat. Saya berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap lawak disampaika­n,” katanya.

Kalau boleh biarlah saya terus diingati dan membawa sumbangan kepada industri seni hiburan

Fikry

 ??  ?? FOTO BLACKPEPPE­RPRODUCTIO­N (IG: @BLACKPEPPE­RPRODUCTIO­N)
PAKAIAN ATELIER FITTON (IG: @ATELIERFIT­TON)
LOKASI PARKROYAL KUALA LUMPUR
FOTO BLACKPEPPE­RPRODUCTIO­N (IG: @BLACKPEPPE­RPRODUCTIO­N) PAKAIAN ATELIER FITTON (IG: @ATELIERFIT­TON) LOKASI PARKROYAL KUALA LUMPUR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia