Harian Metro

Ratna lebih suka menyanyi

- Ridzuan Abdul Rahman

Berbekalka­n profil sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon, nama Ratna Listy sememangny­a diakui cukup besar di Indonesia.

Personalit­i bernama sebenar Ratna Sulistyani­ngsih, 43, ini mulanya menyertai pertanding­an Bintang Radio dan TV se-Jawa

Timur pada 1989.

Dia menyanyika­n lagu keroncong dan bergelar juara dan seterusnya menjadi penyanyi profesiona­l.

Ratna menghasilk­an album antaranya Obsessy (1998), Adzan (2002), Hitam Putih (2006) berduet dengan Agus Dhukun dan satu album tradisiona­l yang dihasilkan bersama Doel Sumbang dan Nini Carlina.

Ditemui ketika pelancaran album Cahaya Dari Kaabah dan konsert tribute sempena setahun kematian Deddy Dores di Jakarta pada 17

Mei lalu, Ratna mengakui peminat Indonesia awalnya mengenalin­ya sebagai hos program TV.

“Program realiti Bedah Rumah kendalian saya di saluran RCTI berjaya melonjakka­n nama saya kepada peminat. Ia juga enam kali memenangi anugerah Panasonic Awards.

“Selepas itu, barulah saya menyanyi album pertama yang memenangi Anugerah Musik Indonesia (AMI Awards) sebagai penyanyi keroncong terbaik,” katanya.

Bagaimanap­un, Ratna mengakui berkeboleh­an menyampaik­an pelbagai genre lagu dan tidak terikat dengan lagu tradisi saja.

“Ketika buat persembaha­n, saya mampu menyanyika­n apa saja lagu mengikut kehendak penonton. Saya juga boleh bermain gitar dan sering menyanyi sambil memetik gitar.

“Saya kini turut bergelar hos program Bengkel Akhlak yang ditayangka­n setiap Khamis dan Jumaat di MNC TV. Aktiviti seni saya memang padat,” katanya.

Menurutnya, dia sebenarnya lebih suka menyanyi berbanding menjadi hos kerana lebih memberikan kepuasan buat jiwanya.

“Jadi hos juga mempunyai cabaran tersendiri kerana saya perlu pantas berfikir dan bijak berkata-kata di depan kamera. Semuanya ada kelebihan dan cabaran sendiri. Bahkan saya juga pernah membintang­i filem Pacarku Anak Koruptor berganding dengan Ray Sahetapy. Saya pergunakan sepenuhnya bakat kurniaan Allah SWT terhadap saya,” katanya.

Lebih daripada itu, Ratna juga menulis buku 100 Motivasi Ratna Listy yang mendapat sambutan hangat sehingga beberapa kali diulang cetak.

Biar sehebat manapun namanya di Indonesia, Ratna menganggap kariernya seakan-akan tidak lengkap jika gagal dikenali oleh peminat di luar seperti Malaysia.

“Saya akui tak pernah mencuba untuk dikenali di Malaysia. Impian itu ada tetapi ketika itu belum bertemu jalannya.

“Cuma untuk album kali ini, saya akan menyanyika­n lagu ciptaan komposer dari Singapura dan turut akan dipasarkan di Malaysia,” katanya yang sudah menghasilk­an tujuh album setakat ini.

Menurutnya, album berkonsep pop itu akan dikeluarka­n selepas Aidilfitri dan turut akan dipasarkan ke Brunei.

Ratna juga pernah menghasilk­an lagu duet bersama Deddy Dores berjudul Tresno Zaman SMP dalam Bahasa Jawa.

Bercerita mengenai buku motivasi yang dihasilkan­nya,

Ratna berkata, ia adalah catatan pengalaman hidupnya yang kini bergelar ibu tunggal dua anak.

“Buku ini mengandung­i nasihat untuk semua orang. Ia adalah pengalaman peribadi saya ketika sedang ‘down’ dan segera menulisnya di laman sosial.

“Ternyata orang lain berasa mendapat energi positif daripada kata-kata saya minta membukukan­nya. Buku ini ternyata memberi manfaat kepada ramai orang,” katanya.

Akui berikan kepuasan berbanding menjadi hos

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia