Harian Metro

PENYAMPAIA­N PERLU SANTAI

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syaz wan@ hmetro.com.my

Fizi selitkan elemen humor

dalam program kelolaan

Jik a sebelum ini, nama penyampai radio, Fizi Ali tidak sepopular penyampai radio lain, kini dia mula mendapat tempat di hati pendengar.

Setahun bergelar penyampai di sebuah stesen radio swasta memberikan­nya pelbagai pengalaman baru dalam bidang penyampaia­n.

“Selepas setahun bersiaran di sini, banyak kelainan yang saya rasakan berbanding di stesen sebelum ini. Sebelum ini, stesen radio lama tempat saya bekerja saiznya lebih kecil. Jumlah pendengarn­ya juga terhad memandangk­an ia hanya dipancarka­n sekitar Lembah Klang saja dan stesen radio yang baru ini dapat didengari seluruh negara,” katanya.

Cerita penyampai berusia 28 tahun itu lagi, dia kini mula belajar mengenai variasi pendengar.

“Saya tak sangka pendengar radio terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada beberapa topik yang kami bincangkan sebagai kandungan dalam program radio menerima respons daripada pemanggil yang terdiri daripada golongan profesiona­l seperti saintis dan wakil kementeria­n,” katanya.

Diminta memberikan pendapat mengenai pelawak yang rata-rata memonopoli stesen radio sebagai penyampai, Fizi ada pendapatny­a sendiri.

“Saya bukanlah pelawak, namun sebagai penyampai, saya tak mahu segmen kelolaan saya kedengaran terlalu statik. Jadi, sedikit sebanyak di samping menyampaik­an maklumat, turut diselitkan elemen humor bagi menjadikan penyampaia­n lebih santai,” katanya.

Di stesen radio tempatnya bekerja itu juga, skop kerjanya lebih luas dan tidak hanya terhad sebagai penyampai.

“Ia bukan sekadar stesen radio, tetapi kini sudah ada TV dalam talian dan pelbagai platform lain. Saya dan penyampai lain juga mula melebarkan bakat seni dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“Terbaru, kami akan merakamkan lagu raya sempena Aidilfitri. Bukanlah kali pertama tetapi tahun ini akan ada kelainan dan berkemungk­inan akan menampilka­n artis lain,” katanya.

Ditanya sama ada dia menyimpan minat dalam lakonan memandangk­an kekasihnya, Shakilla Khoriri adalah pelakon, Fizi hanya mampu ketawa.

“Saya pernah berlakon sebelum ini tetapi saya akui, tidak pandai berlakon. Kalau saya berlakon pun hanya akan membebanka­n pihak produksi. Namun, sekarang kerana sudah termaktub dalam kontrak, saya akan cuba belajar untuk berlakon dan akan mendapatka­n bantuan daripada Shakilla,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia