Harian Metro

NAK BERGAMBAR KENA BAYAR TAU!

-

Populariti diraih pelakon ini tidak perlu disangkal lagi. Apa saja yang dilakukann­ya pasti mendapat sambutan hangat peminat.

Pada masa sama pelakon ini juga mendapat permintaan tinggi daripada banyak pihak untuk bekerjasam­a dengannya.

Terbaru SS mendapat tahu pelakon ini perlu dibayar jika peminat ingin bergambar dengannya. Cerita ini mungkin agak mengejutka­n tetapi ia tidak mustahil.

Apa yang disampaika­n kepada

SS, pengurus pelakon itu yang minta bayaran bagi pihak artis terbabit. Jelasnya, jika mahu bergambar perlu membuat sejumlah bayaran.

Memang terkejut dibuatnya kerana artis lain tidak pernah berbuat sedemikian. Sepatutnya pengurus terbabit patut bangga dan gembira kerana pelakon itu menjadi pilihan. Lebih mengejutka­n SS apabila pihak yang terkena dengan perangai pengurus pelakon itu adalah keluarga diraja.

Kecewa dengan sikap pengurus pelakon itu, dengarnya keluarga diraja itu enggan menjemput pelakon berkenaan ke istana lagi.

SS: Esok lusa apabila pelakon itu sudah tak laku, sila gigit jari ya wahai pengurus! Dari segi penampilan selebriti wanita ini antara yang menjadi idola. Apa saja dipakainya memberi inspirasi kepada mereka yang mahu tampil bergaya.

Cuma, banyak orang tidak tahu terutama peminat yang selebriti wanita itu mempunyai sikap busuk hati terhadap orang lain.

Kisahnya, selebriti terbabit sanggup menggodam laman Instagram milik seorang artis wanita yang ketika itu rancak mempromosi­kan perniagaan­nya sempena sambutan Aidilfitri.

Artis wanita itu dan seluruh pasukannya risau dibuatnya. Namun perkara itu dapat diselesaik­an segera dengan mendapatka­n kembali akaun Instagram (IG) artis wanita itu. Namun begitu, pasukan artis wanita itu tidak sekadar memulihkan akaun yang digodam sebaliknya mereka mencari siapa dalang di sebalik perbuatan itu.

Melalui pakar yang diupah, mereka mengenal pasti alamat penggodam itu milik selebriti wanita terbabit. Apabila diselidiki, pada hari akaun Instagram artis wanita itu digodam selebriti wanita itu juga sedang melakukan aktiviti promosi yang sama.

Ini bermakna, selebriti wanita ini sebenarnya dengki dengan orang lain yang dianggap pesaing dalam perniagaan sama dilakukann­ya.

SS: Penyakit busuk hati memang sukar dirawat. Tunggu mati saja...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia