Harian Metro

Residensi UTMKL taraf antarabang­sa

-

Penginapan Pelajar.

Kompleks yang dikenali Residensi UTMKL itu dibina dengan anggaran kos RM171.5 juta dan berupaya mendatangk­an pulangan yang menguntung­kan kerana ia di tengah ibu kota.

Biarpun UTM mempunyai Tabung Endowmen yang ditubuhkan sekitar 2009 berjaya mengumpulk­an kira-kira RM57.7 juta daripada pelbagai sumber dana, namun dengan pembinaan kompleks itu, ia mengukuhka­n lagi pendapatan UA itu.

Selaras dengan hasrat kerajaan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM Tan Sri Abdul Halim Ali berkata residensi itu antara sebahagian daripada pelan UTM bagi menjana pendapatan sendiri sekali gus mengurang kebergantu­ngan kepada kerajaan.

Menurut beliau, bukan hanya ditawarkan kepada penuntut UTM, masyarakat luar turut berpeluang menginap di kompleks itu sama ada penginapan harian atau bulanan.

Katanya residensi itu akan memulakan operasinya awal Julai nanti dan setakat ini sebanyak 85 peratus ruang niaga sudah ditempah penyewa.

Selain daripada itu,

UUM juga menyediaka­n kemudahan penginapan selesa untuk pelancong yang berkunjung ke sana iaitu di University Inn dan EDC Hotel and Resort.

EDC Hotel and Resort di kampus UUM, Sintok Kedah dibuka pada September 2007 berupaya menarik pengunjung antara 4,000 sehingga 5,000 penginap setiap bulan.

Terletak di tengah bandar Shah Alam,

Selangor pula ialah Intekma Resort and Convention Centre (IRCC) di bawah UiTM turut berupaya menjana pendapatan kepada UA itu apabila jumlah pengunjung yang diterima melebihi 45,000 orang setahun.

Beroperasi sejak tahun 1996, IRCC menjadi pilihan ibu bapa untuk menginap di situ terutama ketika musim kemasukan pelajar baru dan majlis konvokesye­n.

Jelas kewujudan penginapan bertaraf hotel mampu menjana pendapatan kepada universiti apabila prospek perniagaan itu bukan hanya dilihat kepada sewaan penginapan, malah pengurusan yang bijak mampu ‘menjual’ servis lain bagi terus mengembang­kan perniagaan itu.

 ??  ?? KOLAM mandi
yang luas.
KOLAM mandi yang luas.
 ??  ?? ABDUL HALIM
ABDUL HALIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia