Harian Metro

UTHM jana dana melalui wakaf

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Sedia alternatif dan platform kepada seluruh warga

dan masyarakat untuk berwakaf

Kementeria­n Pendidikan Tinggi melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara menyasarka­n semua universiti awam (UA) mempelbaga­ikan sumber penjanaan bagi menampung sebahagian keperluan universiti masing-masing.

Lantaran itu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memperkena­lkan satu lagi kaedah menjana pendapatan selain endowmen, iaitu Dana Wakaf Pendidikan UTHM.

Sebagai langkah permulaan, satu majlis Prapelanca­ran dana ini diadakan baru-baru ini di Pekarangan Perpustaka­an Tunku Tun Aminah.

Majlis bertujuan memperkena­lkan warga universiti mengenai konsep Wakaf Tunai Pendidikan yang sedang dan akan dilaksanak­an di UTHM.

Wakaf Tunai Pendidikan Universiti adalah program penjanaan dana berlandask­an konsep Wakaf Am melalui sumbangan dana berbentuk tunai dan harta, apabila pewakaf mewakafkan­nya dengan niat kerana Allah SWT bagi tujuan kemajuan dan kepentinga­n ilmu sejagat.

Pada majlis ringkas itu, Naib Canselor UTHM, Profesor Dr Wahid Razzaly menerima sumbangan wakaf bernilai RM50,000 daripada Azemi Mahat Group Bhd yang diwakili Pengarah Urusan Datuk Md Azemi Mahat.

Sementara itu setiap wakil Pusat Tanggungja­wab (PTj) yang hadir turut menerima tabung wakaf sebagai langkah permulaan untuk pengumpula­n dana mewakili PTj masingmasi­ng.

Dr Wahid berkata,

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 26 Januari memberi status Nazir Khas kepada UTHM bagi melaksanak­an inisiatif wakaf ini.

Oleh itu, katanya, UTHM menggalas tanggungja­wab dengan menyediaka­n alternatif dan platform kepada seluruh warganya dan juga masyarakat untuk melakukan ibadah wakaf ini.

“Dana wakaf yang dikumpul ini akan dilaburkan di dalam instrumen yang patuh syariah. Manakala faedah dan keuntungan hasil daripada pelaburan ini akan diagihkan kepada penerima (Mawquf

Alaih) yang layak dalam bentuk biasiswa, bantuan kewangan serta kemudahan pengajaran, pembelajar­an dan penyelidik­an.

“Selain sumbangan terus ke tabung yang disediakan, UTHM juga memperkena­lkan skim potongan gaji bulanan staf, pembayaran di kaunter Pejabat Bendahari UTHM serta sumbangan secara atas talian,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Wakaf Pendidikan UTHM ini boleh dicapai melalui laman web wakaf.uthm.edu.my.

UTHM mengalu-alukan sumbangan semua pihak sama ada penyumbang individu mahupun syarikat dalam menjayakan inisiatif wakaf ini.

 ??  ?? DR Wahid menerima sumbangan daripada pihak Azemi Mahat Group Bhd.
DR Wahid menerima sumbangan daripada pihak Azemi Mahat Group Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia