Harian Metro

DIEJEK BERBADAN GEMPAL

-

Assalamual­aikum. Saya mempunyai masalah rendah diri dan kurang yakin untuk bergaul bersama rakan sekuliah disebabkan saiz badan agak gempal dan besar.

Perasaan ini sudah lama membelengg­u diri sejak di bangku sekolah menengah. Kebanyakan rakan terutama yang lelaki sering mengejek saya dengan panggilan menyakitka­n hati.

Saya sering ditertawak­an oleh rakan dan sering disisihkan rakan sejantina.

Mereka yang berperwata­kan cantik, kurus dan tinggi atau bertubuh kecil seolaholah mengelak berkawan dengan saya.

Kini, apabila berada di universiti, saya mulai rasa tekanan kerana mempunyai berat badan berlebihan.

Selain itu, tiada sesiapa yang ingin berkenalan dengan saya terutama pelajar lelaki. Sebagai gadis, saya teringin untuk tampil bergaya, mempunyai ramai kenalan dan teman lelaki. Bantulah saya untuk meningkatk­an keyakinan diri.

Jawapan

Waalaikumm­usalam. Perkara pertama yang ingin saya nyatakan di sini ialah kesempurna­an itu subjektif maka penilaian juga berbeza-beza.

Fizikal yang sempurna tidak hanya berfokus kepada cantik atau eloknya seseorang itu. Malahan ia datang dari dalam hati.

Namun begitu, tidak dinafikan dalam lingkungan usia sebegini, sudah pasti ejekan dan panggilan gelaran tertentu yang pernah berlaku dalam hidup anda adalah perkara mengganggu emosi dan amat menyakitka­n.

Ia membuatkan anda rasa sedih dan tertekan serta terpinggir daripada mereka yang lain. Perasaan ini berterusan sehingga anda berada di menara gading.

Merasa sedih, sendiri dan tertekan dengan saiz serta berat badan.

Perkara ini adalah dilema yang sering kali menghantui diri seseorang remaja atau awal dewasa terutama perempuan.

Namun, kehidupan dan kebahagiaa­n ini adalah milik semua, tanpa membezakan soal kesempurna­an tubuh badan serta fizikal.

Oleh itu, bermula saat ini, sejurus anda membaca perkongsia­n saya ini, diharapkan ada satu tekad dalam diri untuk mengatakan “Ya Allah! Sesungguhn­ya saya sedih dengan keadaan ini dan tertekan dengan ejekan rakan.

Namun saya menerimany­a sebagai ujian buat diri saya. Dan saya pasrah, saya redha akan kesempurna­an saya nanti kepada Allah.

Ungkapan ini adalah teknik asas dalam penerimaan kekurangan diri dan mendoakan kesempurna­an yang baru.

Biasakan diri untuk mengungkap­kan kenyataan di atas. Sedikit sebanyak, ianya dilafazkan dan dipanjangk­an kepada

Allah SWT agar diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan situasi yang menyakitka­n emosi ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai harapan anda untuk meningkatk­an keyakinan diri.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tumpukan perhatian dalam usaha memperbaik­i kelemahan diri dan emosi serta mendapatka­n kekuatan dalaman.

Antaranya ialah mengenal pasti faktor yang boleh diubah dan faktor yang tidak boleh diubah.

1.FAKTOR YANG BOLEH DIUBAH

a.Kesihatan diri

Faktor yang boleh diubah ialah penjagaan kesihatan diri, pengambila­n makanan yang berkhasiat, senaman dan tidur yang sempurna serta fokus diri.

Jika fikizal yang besar membuatkan anda hilang keyakinan, maka anda perlu mengenal pasti aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengurangk­an berat badan dengan cara yang lebih selamat.

Jika perlu, rujuklah mereka yang lebih pakar tanpa memudaratk­an diri selain. Keutamaan di sini bukan hanya untuk menurunkan berat badan tetapi faktor kesihatan.

b.Yakin

Selain itu, yakin diri juga wujud apabila anda mulai mencipta matlamat yang jitu sebagai seorang pelajar.

Fokus yang maksimum terhadap pengajian di Universiti mungkin memberikan satu motivasi yang kuat dalam diri.

Dalam erti kata lain, anda akan lebih berfokus pada kemajuan diri berbanding sindiran negatif yang menyakitka­n hati atau perasaan terpinggir yang wujud.

c.Utamakan diri sendiri

Keutamaan terhadap diri sendiri adalah satu kaedah untuk membantu anda merasa lebih bertanggun­gjawab dengan diri.

Kesedaran akan fungsi dan peranan sebenar sebagai seorang pelajar membolehka­n anda lebih bersemanga­t untuk melakukan yang terbaik.

Secara tidak langsung, ia membawa anda ke satu jalan yang lebih baik untuk membuktika­n kemampuan diri.

Saya percaya, jika keadaan ini berlaku, dengan sendirinya anda akan mempunyai rakan yang juga sama-sama berkeingin­an untuk mencipta kejayaan.

d.Pengurusan diri dan masa

Pengurusan diri dan masa sepanjang bergelar seorang pelajar adalah perkara yang penting.

Pengurusan diri termasuk juga emosi, masa dan aktiviti serta pembelajar­an. Kesemua ini perlu dilakukan secara tertib, disiplin dan berjadual.

Oleh itu, anda sebenarnya mempunyai banyak peluang dan cara untuk bergaul dengan ramai orang bukan hanya yang berada di sekeliling.

Pengurusan masa yang baik membolehka­n anda mengikuti pelbagai jenis aktiviti sosial dan kelab tertentu seperti yang ditawarkan di universiti.

Anda perlu membabitka­n diri dengan aktiviti yang sesuai agar masa anda lebih bermakna dan berpeluang mengenali orang lain.

Jika hanya menunggu seseorang untuk datang dan menegur, sudah pasti ianya sesuatu yang sukar dan menghampak­an. Oleh itu, apa kata jika anda sendiri yang memulakann­ya.

2.FAKTOR YANG TIDAK BOLEH DIUBAH

a.Mengubah rakan menyukai anda

Manakala faktor yang tidak boleh diubah ialah untuk mengubah rakanrakan yang lain untuk menyukai anda secara total.

Begitu juga dengan kenalan lelaki yang mungkin agak dingin dengan anda sepertiman­a yang diceritaka­n.

Perihal ini memang agak sukar melainkan mereka ingin berubah dan menyukai anda.

b.Kemahiran sosial Kemahiran sosial boleh dipelajari bagi membolehka­n anda mendekatka­n diri dengan mereka (yang menunjukka­n respon positif).

Kemahiran sosial ini termasukla­h komunikasi, kerjasama, sapaan, perkongsia­n minat dan hobi serta hal-hal yang berkaitan yang boleh dilakukan secara berpanjang­an. Ia mungkin mengambil masa, namun lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa.

c.Bincang dengan kaunselor

Jika keadaan tidak berubah malahan makin teruk, maka sebaiknya anda berbincang dengan kaunselor secara bersemuka untuk perkongsia­n emosi yang terdalam.

Semoga bertambah yakin dan mulai fokus kepada perkara yang lebih bermanfaat. Usah diberi perhatian kepada mereka yang suka mengejek.

Saya percaya, masih ramai yang positif dan tidak prejudis dengan kedaan fizikal orang lain. Kenal pasti rakan itu dan mulakanlah persahabat­an dengan mereka yang lebih terbuka.

d.Keinginan untuk berubah

Perkara paling penting ialah keinginan untuk berubah dan menjaga kesihatan untuk jangka masa yang panjang.

Usah berasa lemah hanya kerana saiz badan. Jika benar saiz itu mengganggu maka kenal pasti cara terbaik dalam menguruska­n hal berkaitan berat badan yang berlebihan.

Utamakan kesihatan diri dan pemakanan yang seimbang berserta senaman secara konsisten agar berat badan boleh dikurangka­n.

Selain sihat, anda juga akan tampil lebih meyakinkan. Lakukan perubahan dari sekarang kerana ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia