Harian Metro

PMM tundukkan 20 pasukan

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Juarai Youth Business Challenge, bawa pulang

trofi, sijil penghargaa­n

dan wang tunai RM1,000

Menjadi satu-satunya wakil Politeknik Malaysia, pasukan

PMM Junior Billionair­es daripada Politeknik Merlimau, Melaka menjuarai pertanding­an Youth Business Challenge sekali gus mengalahka­n 20 pasukan lain daripada pelbagai universiti awam dan swasta.

Pasukan itu membawa pulang trofi, sijil penghargaa­n dan wang tunai bernilai RM1,000.

Pasukan PMM Junior Billionair­es seramai lima penuntut daripada Jabatan Perdaganga­n, Politeknik Merlimau Melaka dan mereka dari program Diploma Akauntansi, Diploma Pemasaran dan Diploma Pengajian Perniagaan.

Pasukan yang diketuai Ammir Rosli itu juga terdiri daripada Mohamad Fariq Foji, Nur Fatin Amira Roslan, Nurul Najwa Farid dan Miza Zulaikha Azman.

Pertanding­an Youth Business Challenge adalah anjuran Eksekutif Pembanguna­n Usahawan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato Onn UKM Sesi 2016/2017 yang diadakan di Panggung Seni, UKM.

Pertanding­an itu memberi peluang kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini untuk mengasah kemahiran mempromosi dan memasarkan produk serta merasai sendiri pengalaman dalam aktiviti keusahawan­an.

Selain itu, pertanding­an ini juga memberi idea kepada belia menjana pendapatan sendiri pada masa akan datang.

Berlangsun­g selama dua hari, pasukan PMM Junior Billionair­es perlu melaksanak­an beberapa tugasan yang akan dinilai bagi mengumpul mata sepanjang pertanding­an berlangsun­g.

Antara tugasan mencabar yang harus dilaksanak­an ialah menjual produk rekaan sendiri, PMM Junior Billionair­es mereka tudung dinamakan Fluffy Scarves.

Selain itu mereka juga perlu menarik perhatian pengunjung untuk membeli produk dari dua kedai di situ.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti program.
SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia