Harian Metro

18 siswa UPM timba pengalaman di Indonesia

-

Seramai 18 penuntut dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai program mobiliti Reise de Java 2017 di Universita­s Brawijaya, Malang, Indonesia baru-baru ini.

Pengarah program, Muhammad Zulsyahmi Ab Rahman berkata program itu bertujuan membolehka­n penuntut menimba pengalaman belajar di negara luar serta bertukar fikiran dan pendapat dengan siswa di sana.

“Pertukaran ini memberi impak yang positif terhadap peserta kerana dapat belajar dalam suasana yang baharu. Hal ini dapat menjadikan minda peserta lebih terbuka,” katanya

Beliau berkata, program itu dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im antara penuntut UPM dengan penuntut daripada Universita­s Brawijaya

(UB) yang rata-ratanya mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza.

“Antara universiti yang dilawati ialah Universita­s Islam Negeri Malang, Universita­s Negeri Malang, Universita­s Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang dan Universita­s Muhammadiy­ah Malang,” katanya.

Sementara itu, turut diadakan perjumpaan bersama siswa Malaysia di Universita­s Brawijaya yang rata-ratanya adalah penuntut daripada Fakulti Kedoktoran, pelbagai pengalaman menarik dikongsi bersama.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Nur Sahira Faghira

Tahrir Adli berkata, program itu mempunyai objektif tersendiri iaitu supaya penuntut lebih berkemahir­an insaniah sejajar dengan hasrat universiti.

“Program ini meningkatk­an kemahiran komunikasi saya, manakala perbezaan suasana tidak menjadi penghalang untuk kami menerima sesuatu yang baharu kerana pengalaman yang diperolehi dapat dikongsika­n bersama rakan-rakan di UPM.

“Pelbagai pengalaman baharu ditimba sepanjang lawatan ke universiti itu kerana suasana dan persekitar­an yang berbeza daripada UPM,” katanya.

Satu sesi perkongsia­n turut diadakan untuk berkongsi rangka kerja, aktiviti serta program Kelab Mahasiswa Matematik dengan Kelab Matematik di sana.

 ??  ?? PESERTA program Reise de Java 2017 di Universita­s Brawijaya.
PESERTA program Reise de Java 2017 di Universita­s Brawijaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia