Harian Metro

PELUANG KERJA DI SELURUH DUNIA

-

DARI MUKA 1

Menurut beliau, ijazah yang dikeluarka­n turut memiliki akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan Washington Accord yang membolehka­n graduan mendapat peluang pekerjaan di seluruh dunia.

Katanya, yuran pengajian untuk program ijazah selama empat tahun itu juga amat berpatutan dengan bayaran hanya RM90,000.

Mereka yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui http:// umcced.edu.my/index.php/ engineerin­g.

Lima program yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Bioperubat­an, Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia, Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam, Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik dan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di https://engine. um.edu.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada Jumaat, 25 Ogos 2017.

Fakulti Kejurutera­an UM berada di tangga ke-35 dalam penarafan QS World University Rankings 2017 baru-baru ini.

Kedudukan itu adalah lebih tinggi berbanding fakulti kejurutera­an di Princeton (ke-37), University of Sydney (ke-41) dan Cornell (ke-47).

Dalam penarafan QS Rankings mengikut subjek pula, bidang kejurutera­an elektrik UM berada di tangga ke-23, diikuti kejurutera­an mekanikal di tangga ke-33 dan kejurutera­an kimia di tangga ke-38, iaitu setaraf dengan universiti terkemuka lain di seluruh dunia.

Mahasiswa di fakulti kejurutera­an akan dilengkapi dengan kemahiran aplikasi dunia sebenar dalam pelbagai industri di UM memandangk­an syarikat seperti Daikin, ÷ssur dari Iceland, Rohde & Schwarz, Motorola Solutions, dan PROTON menubuhkan pusat inovasi masingmasi­ng di kampus kejurutera­an. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? DR NOOR AZUAN
DR NOOR AZUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia