Harian Metro

KETAWA BAKAR KALORI

-

di taman atau lakukannya di rumah.

Lebih menarik apabila ada aktiviti seharian yang boleh kita lakukan sama kesannya seperti melakukan senaman.

Tahukah anda dengan aktiviti ini, rupanya sedikit sebanyak kita membakar kalori dalam badan. Jangan malas lakukan kerja rumah. Jom lihat apa antaranya!

BELI BELAH?

Ya, anda tidak salah baca. Kalau bab membeli-belah, gadis paling pakar dan sama ada sedar atau tidak, tidak pernah ada istilah lenguh kaki. Walaupun cuma mahu mencari satu barang, habis satu bangunan dipusing. Itu belum termasuk bab membanding­kan harga dari satu lokasi ke lokasi lain. Tahukah anda, berjalan selama 45minit dengan membawa troli mampu membakar lebih 100 kalori!

GERAKAN PEMALAS

Tanpa perlu banyak tenaga atau pakaian bersesuaia­n, dengan hanya gerakan kecil anda mampu membakar kalori. Gerakan ‘malas’ seperti menghentak kaki di lantai atau bergerak-gerak dengan kerusi pejabat boleh membakar 350 kalori. Mungkin tabiat itu agak menjengkel­kan kepada yang mendengar tapi apa salahnya?

KETAWA

Adakah anda tergolong dalam kategori mudah terhibur? Percayalah orang gemar ketawa bukan saja mereka yang ceria malah sihat. Ketawa selama 20 minit boleh membakar sekitar 70 kalori. Ini fakta, bukan rekaan. Jadi, teruslah ketawa tapi jangan pula setiap masa hingga dilabel gila!

KARAOKE

Lupakan perihal suara sumbang atau sedap didengar persis selebriti antarabang­sa. Lontarkan saja suara anda dengan penuh keyakinan dengan mengajak rakan ke pusat karaoke. Hampir 140 kalori boleh bakar dengan nyanyian selama satu jam saja. Menarik bukan?

KEMAS & BERSIH RUMAH

Daripada habiskan masa hujung minggu di rumah bermalas-malasan menonton televisyen atau keluar melepak di pusat beli-belah, ada baiknya gerakkan tubuh dengan melakukan perkara mudah di rumah. Antaranya membersihk­an dapur atau mencuci tandas. Ini secara tidak langsung akan meningkatk­an degupan jantung sekali gus membakar kalori sama seperti berlari atau joging.

Lakukan rutin harian dengan kesannya sama seperti bersenam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia