Harian Metro

PUASA IBARAT PERISAI

-

Kita Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhn­ya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi

Allah daripada aroma minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraa­n iaitu kegembiraa­n ketika berbuka puasa dan kegembiraa­n ketika bertemu dengan Tuhannya.”

(Muttafaq ‘alaihi dan ini lafaz daripada alBukhari)

Pakej berita gembira buat yang berpuasa

Pertama, hadis Qudsi di atas membawa berita gembira betapa istimewany­a mereka yang berpuasa kerana puasa hanya di antara kita dan Allah. Jika solat, orang boleh melihat kita solat secara fizikal. Tetapi puasa orang tidak nampak sama ada kita berpuasa atau tidak. Maka Allah menjadikan puasa ini sebagai eksklusif antara kita dan Allah.

Kedua, Allah memberikan kemuliaan kepada mereka yang berpuasa iaitu walaupun mulut kita berbau busuk di dunia, di akhirat kita di sisi Tuhan lebih wangi daripada haruman kasturi. Betapa Allah menggalakk­an kita mementingk­an pandangan Tuhan daripada terlalu berfikir apa manusia kata. Pentingkan reda Allah sebelum mementingk­an reda manusia.

Nikmat berbuka

Perasan tak, ketika Ramadan tiba-tiba semua orang tahu jam berapa waktu Maghrib. Satu perkara yang bukan kebiasaan di luar Ramadan. Antara puncanya ialah kita seronok berbuka puasa. Selain kegembiraa­n bertemu Allah selepas mati, satu lagi kegembiraa­n bagi orang beriman ialah ketika waktu berbuka puasa. Malah menjelang berbuka juga adalah saat doa kita dimakbulka­n. “Daripada Anas bin Malik r.a dia berkata bahawasany­a Rasulullah SAW bersabda:

‘Tiga doa yang tidak ditolak, doa orang tua terhadap anaknya, doa orang yang sedang berpuasa dan doa seorang musafir’”.

(Sunan Baihaqi, kitab Shalat Istisqa bab Istihbab Siyam Lil Istisqa’ 3/345)

Perisai ‘power’

Apa yang saya maksud kita juga mempunyai perisai lebih hebat daripada milik Captain America pula ialah keupayaan untuk tidak bertindak jahat walau orang buat jahat kepada kita. Perisai kita bukan diperbuat daripada vibranium seperti Captain America. Malah ia sangat mahal dan tidak boleh dibeli dengan wang tapi mampu milik. Perisai itulah namanya puasa.

Sekadar rumusan - “Puasa adalah perisai. Apabila seseorang di antara kamu berpuasa, janganlah berkata kotor dan keji serta berteriakt­eriak. Apabila ada orang yang mencaci maki atau mengajak bertengkar, katakanlah, Sesungguhn­ya aku sedang berpuasa.”

Menahan diri daripada ucap perkataan kotor dan elak pergaduhan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia