Harian Metro

Kasut tak sesuai kaki tak sihat

-

Sakit kaki dalam kalangan orang muda biasanya

daripada sakit otot, tekanan pada tulang

DARI MUKA 15

Kira-kira 75 hingga 80 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berkaitan kaki, tetapi kebanyakan­nya enggan mendapatka­n khidmat nasihat pakar untuk mengatasi masalah terbabit sehinggala­h ia berlarutan.

Menurut Pakar Ortotik Datuk Dr Edmund Lee, di Malaysia 80 peratus individu mempunyai masalah kaki tertentu.

“Satu daripada lima individu mengalami sakit kaki, kebas atau kaki berdenyut manakala mereka yang lebih berusia cenderung untuk mengalami masalah kaki pada kadar yang lebih tinggi. Namun kajian mendapati terdapat peningkata­n masalah kaki yang turut dialami kanakkanak dan remaja.

“Mereka yang lebih berusia lebih cenderung mengalami sakit kaki dan sekiranya mempunyai penyakit kronik, sakit itu biasanya akibat kematu, kaki mengeras dan kecacatan jari yang 75 peratus ialah benjolan sendi (bengkak menyakitka­n pada sendi pertama ibu jari kaki),” katanya.

Menurut Dr Lee, sakit kaki dalam kalangan muda kebiasaann­ya datang daripada sakit otot dan tekanan pada tulang.

“Kira-kira 30 peratus daripada warga emas yang sakit kaki mengalami kaki yang mengeras dan kirakira 15 peratus mempunyai masalah kematu pada jari kaki mereka.

“Kebanyakan masalah ini berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai seperti kasut bertumit tinggi dengan muncung hadapan yang tajam,” katanya.

Dr Lee berkata, individu yang lebih berusia atau gemuk, wanita, pesakit diabetes dan jantung, mereka yang sering sakit lutut, pinggul atau belakang lebih ramai mengalami masalah kaki.

“Wanita lebih kerap alami masalah sakit pada jari kaki dan bahagian bawah jari kaki berbanding lelaki. Keadaan ini biasanya semakin teruk apabila usia meningkat.

“Bagaimanap­un, keadaan berbeza dengan sakit pada tumit yang semakin berkuranga­n apabila usia semakin meningkat,” ujarnya.

Kata Dr Lee, bermula pada usia bayi, kanakkanak sekolah, eksekutif, ahli sukan, wanita hamil sehinggala­h mereka yang sakit terutama pesakit diabetes dan warga emas, berisiko mengalami masalah kaki berbeza.

Antara kaedah boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan kaki:

Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki.

Lakukan pemeriksaa­n dan rawatan kaki berjadual.

Jangan kerap berjalan tanpa memakai kasut.

Jangan sesekali mengabaika­n rasa sakit pada kaki atau pergelanga­n kaki.

Angkat kaki seketika terutama selepas lama berjalan atau berlari.

Periksa keadaan kaki dengan teliti.

Jaga kebersihan kaki dan kuku kaki. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? PEMILIHAN kasut bersaiz tepat
antara langkah menjaga kaki.
PEMILIHAN kasut bersaiz tepat antara langkah menjaga kaki.
 ??  ?? KIRA-kira 75 hingga 80 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berkaitan kaki.
KIRA-kira 75 hingga 80 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berkaitan kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia