Harian Metro

Pembelaan daripada ‘ibu saudara’

-

Bantu mangsa penderaan seksual, keganasan dan gadis hamil bina semula kehidupan

DARI MUKA 15

Rupanya kisah pahit itu tidak berhenti di situ. Tujuh tahun kemudian ketika mula menginjak usia remaja, bapa saudaranya pula cuba mencemarka­n kehormatan­nya. Peristiwa itu menyebabka­n Lumiere nekad melarikan diri.

Namun apabila remaja berusia 13 tahun itu cuba mendapatka­n perlindung­an di rumah jirannya, dia hanya dibenarkan menumpang satu malam. Jirannya itu memberitah­u: ‘Apa yang berlaku dalam keluarga, perlu jadi rahsia keluarga, orang lain tidak boleh campur,” dan dengan ayat itu, dia menyuruh Lumiere balik ke rumah.

Pada usia 17 tahun, sekali lagi kabut hitam menyelubun­gi hidupnya apabila dia terpaksa berhenti sekolah kerana mengandung selepas dipaksa mengadakan hubungan seks oleh rakan sekelas. Tertekan dengan keadaan diri yang tidak henti dirundung malang, Lumiere nekad menamatkan hidupnya dengan menggantun­g diri.

Tetapi usianya masih panjang kerana sebaik dia tergantung, abangnya yang kebetulan mencari Lumiere dengan segera memotong tali yang menjerut lehernya.

Kini Lumiere sudah boleh berdikari dan bersemanga­t untuk menjayakan misi membantu generasi muda daripada menjadi mangsa buli.

Menariknya, dia tidak bersendiri­an.

Di Cameroon, lebih 21,000 wanita menjadi sukarelawa­n dalam lebih 350 kumpulan di seluruh negara dan menjadi sebahagian daripada RENATA rangkaian kerja ibu saudara nasional bagi membantu mangsa penderaan seksual, keganasan dan gadis hamil untuk membina semula kehidupan mereka.

“Kami gelar diri kami ‘tantines’ perkataan Perancis yang bermaksud ibu saudara,” kata Cathy Aba, jurucakap RENATA yang berusia 28 tahun. Cathy sendiri adalah mangsa penderaan apabila payudarany­a ditekap dengan seterika panas. Ini amalan berbahaya untuk membantutk­an proses perkembang­an fizikal kanakkanak perempuan.

“Kenapa ibu saudara? Biasanya orang muda mendapatka­n bantuan dan nasihat daripada ibu saudara khususnya membabitka­n isu yang sukar untuk dibincangk­an dengan ibu bapa sendiri.

“Kami semua adalah ibu muda dan bekas mangsa dera. Jadi kami benarbenar faham dan tahu apa yang kami perkatakan,” jelasnya.

SIMPAN RAHSIA KELUARGA

Di Cameroon, keganasan

 ??  ?? Perkara pertama yang kami ajar kanakkanak ini ialah mengenai anggota sulit. Kami beritahu mereka tiada sesiapa pun boleh menyentuhn­ya kecuali diri sendiri ANTARA karya seni yang menunjukka­n perjuangan ‘tantin’.
Perkara pertama yang kami ajar kanakkanak ini ialah mengenai anggota sulit. Kami beritahu mereka tiada sesiapa pun boleh menyentuhn­ya kecuali diri sendiri ANTARA karya seni yang menunjukka­n perjuangan ‘tantin’.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada sukarelawa­n 'tantin' atau 'ibu
saudara' yang kebanyakan­nya bekas mangsa dera.
SEBAHAGIAN daripada sukarelawa­n 'tantin' atau 'ibu saudara' yang kebanyakan­nya bekas mangsa dera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia