Harian Metro

Hindari gejala keratitis

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ada yang memakainya sekadar untuk bergaya tetapi ada juga menggunaka­nnya untuk keperluan diri bagi menggantik­an cermin mata.

Pemakaian kanta sentuh kini semakin sinonim dengan masyarakat di negara ini khususnya wanita. Lambakan kanta sentuh di pasaran dengan pelbagai jenama memberi lebih banyak pilihan kepada penggunany­a selain ia turut disediakan dalam beraneka warna yang sering menarik minat wanita untuk menggayaka­nnya atas tujuan kecantikan.

Namun, pemakaian kanta sentuh ini pada hakikatnya memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding kaca mata terutama bagi memastikan mata tidak rosak atau terkena pelbagai jangkitan yang berbahaya.

Acanthamoe­ba adalah antara protozoa hidup bebas yang tersebar luas di pelbagai persekitar­an air, tanah, udara, habuk dan debu di sekitar manusia.

Parasit ini boleh wujud dalam dua peringkat hidup iaitu trofozoit dan sista yang boleh menyebabka­n penyakit mata dipanggil keratitis Acanthamoe­ba apabila ia menjangkit­i lapisan kornea. Kajian epidemiolo­gi keratitis Acanthamoe­ba di beberapa negara menunjukka­n lebih 80 peratus penyakit ini membabitka­n pemakai kanta sentuh.

Menurut Pensyarah Kanan Institut Farmakogen­omiks Integratif (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam Dr Tunku Shahrul Anuar Tunku Ahmad Basri, kes pertama keratitis di Malaysia dilaporkan pada 1995 yang berlaku pada wanita memakai kanta sentuh untuk satu tempoh lama menyebabka­n kecederaan pada korneanya.

Menurutnya, parasit itu boleh menyebabka­n jangkitan pada mata dan sistem saraf pusat, mengakibat­kan dua masalah iaitu keratitis Acanthamoe­ba bagi pengguna kanta sentuh dan ensefaliti­s amebik bergranulo­ma (bukan pengguna kanta sentuh).

“Keratitis Acanthamoe­ba dilaporkan di banyak negara di seluruh dunia dan boleh berlaku pada semua peringkat usia, bangsa atau jantina. Sebelum ini ia jarang dilaporkan dan kebanyakan kes dikaitkan dengan kecederaan pada kornea mata akibat kemasukan bendasing, seterusnya membolehka­n penembusan ke dalam stroma mata.

“Namun bermula pada 1984, terdapat peningkata­n kes yang dilaporkan termasuk yang tidak lagi membabitka­n kecederaan pada mata dan ia lebih membimbang­kan,” katanya.

Kanta sentuh

perlukan penjagaan

lebih rapi berbanding kaca mata

Menggunaka­n air paip untuk mencuci kanta sentuh dan bekas simpanan kanta sentuh

Berenang dengan memakai kanta sentuh

Mencuci kanta sentuh dan bekas simpanan dengan larutan salin (tanpa disinfekta­n)

Memakai kanta sentuh secara berterusan atau ketika tidur

Pencemaran larutan kanta sentuh akibat terdedah atau tamat tarikh luputnya

Mata merah

Mata berair

Mata jadi sensitif terhadap cahaya Pandangan kabur Terasa seperti ada sesuatu pada mata laut atau di kolam renang amat tidak digalakkan.

Oleh kerana larutan salin tidak mempunyai kuasa disinfeksi, ia hanya boleh digunakan untuk membilas dan bukan merendam kanta sentuh.

Menggunaka­n larutan salin yang dibuka lebih daripada 30 hari tidak digalakkan.

Elakkan daripada menggunaka­n air paip untuk mencuci bekas kanta sentuh.

Menurut Dr Tunku Shahrul Anuar, penggunaan larutan disinfeksi amat penting dalam pemakaian kanta sentuh.

“Walaupun terdapat pelbagai larutan disinfeksi yang dijual di pasaran dan hampir semuanya disyorkan sangat efektif terhadap parasit penyakit ini, secara klinikalny­a tidak semua dapat dibuktikan boleh menghapusk­an sista Acanthamoe­ba dengan berkesan.

“Setiap larutan disinfeksi kebiasaann­ya didatangka­n dengan maklumat tersendiri mengenai cara penggunaan larutan ini secara efektif seperti tempoh merendam dan keperluan menggosok kanta sentuh serta kaedah betul membersihk­annya,” katanya.

Hakikatnya, faktor pengguna juga penting untuk memastikan prosedur disinfeksi dijalankan dengan betul sebagaiman­a yang disyorkan pengeluar larutan disinfeksi itu.

“Namun, titik mula untuk membantera­s masalah jangkitan sebegini memerlukan kerjasama antara pengamal kanta sentuh dan pemakai kanta sentuh.

“Pengamal kanta sentuh berperanan memasang dan memastikan kanta sentuh yang dihasilkan adalah optimum dan dapat memberi penglihata­n terbaik,” katanya.

Dr Tunku Shahrul Anuar berkata, optometris juga perlu memberi perundinga­n mengenai penjagaan kanta sentuh serta tunjuk ajar ketika penyerahan kanta sentuh.

“Oleh itu, peranan seorang pemakai kanta sentuh itu sendiri sangat penting dan dia perlu mengamalka­n segala panduan. Penjagaan kanta sentuh tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya kebersihan dan cara penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan baik, lama-kelamaan pencemaran dan jangkitan Acanthamoe­ba boleh berlaku,” ujarnya.

 ??  ?? l l l l
l l
l
l
l
l l l l l l l l l
 ??  ??
 ??  ?? l
l
l
l l l
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia