Harian Metro

Didik nafsu makan ketika Ramadan

-

Selain mengumpul pahala, berpuasa juga membantu menyihatka­n tubuh. Ramai mengambil kesempatan pada Ramadan untuk menurunkan berat badan.

Walaupun berpuasa, kesihatan diri perlu dijaga dengan pengambila­n diet yang seimbang dan mencukupi ketika bersahur dan berbuka. Paling penting ketika gunakan peluang ini untuk mendidik hati supaya kita tidak terjebak dengan kehendak nafsu makan.

Antara tip pemakanan yang boleh diamalkan ialah:

Waktu makan yang betul

Pembahagia­n masa makan yang betul merangkumi masa berbuka, makan malam dan bersahur sangat penting.

Waktu makan sahur seharusnya sebelum subuh atau pada awal pagi, bukan lewat malam. Ini disebabkan metabolism­e anda tinggi pada waktu pagi dan rendah pada waktu malam.

Jika makan pada lewat malam, makanan tidak dapat diproses secara berkesan dan aturan tenaga hasil pencernaan juga tidak cekap. Kemungkina­n untuk tenaga diproses dan ditukar kepada lemak adalah lebih tinggi.

Elak kafein dan soda Kebiasaann­ya, golongan muda gemar mengambil minuman berkafein dan soda. Ia bertujuan menghilang­kan rasa mengantuk dan tampil segar. Sebenarnya ia boleh dikategori­kan sebagai pemakanan tidak sihat kerana mengandung­i banyak gula.

Malah kandungan kafein dan soda yang bersifat diuretik menyebabka­n kita kerap membuang air lalu mudah rasa dahaga ketika berpuasa.

Amal konsep sederhana Apa yang lebih baik dan memadai jika bersederha­na ketika berbuka. Sederhana membawa maksud mencukupi dan tidak berlebihan. Makan dan kunyah dengan perlahanla­han ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar.

Ini kerana otak mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan makanan yang berada dalam perut. Jika kita makan sehingga sendawa, itu bermakna kita sebenarnya sudah terlebih kenyang!

 ??  ?? BERSEDERHA­NA ketika berbuka.
BERSEDERHA­NA ketika berbuka.
 ??  ?? PENGAMBILA­N makanan yang seimbang amat perlu ketika berpuasa.
PENGAMBILA­N makanan yang seimbang amat perlu ketika berpuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia