Harian Metro

Senaman fokus perut

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mungkin ramai beranggapa­n Ramadan mampu membantu menyelesai­kan masalah perut buncit yang dialami kebanyakan wanita.

Tanggapan itu ada benarnya namun perlu diingat, pengambila­n juadah yang tidak terkawal ketika waktu berbuka hingga menjelang sahur bakal mengakibat­kan kesan yang lebih buruk.

Perut boleh menjadi semakin membuncit jika sepanjang Ramadan ini kita tidak mendidik keinginan selera dan makan terlalu banyak sehingga melebihi keperluan harian. Jika tidak kuat semangat, tentu sukar untuk mengatasi masalah perut buncit apatah lagi sepanjang Ramadan ini kita dihidangka­n dengan pelbagai juadah enak hingga lewat malam khususnya selepas menunaikan solat tarawih.

Pastinya masalah ini boleh menjejaska­n keyakinan. Tentu saja rasa kurang selesa dan sedih dek perut yang diidamkan tidak dapat dicapai.

Penjagaan diri yang rapi terutama melalui senaman konsisten boleh membantu mendapatka­n kembali perut idaman.

Melakukan senaman yang lebih tertumpu kepada otot perut khusus untuk wanita antara senaman paling sesuai dilakukan. Ia bukan saja membantu memecahkan lemak degil bahkan dapat menguatkan otot pada bahagian abdomen.

Menurut jurulatih kecergasan bertauliah, Nurina Mohamad, senaman yang memberi fokus kepada perut sesuai dilakukan

Bantu pecah lemak degil,

kuatkan otot pada bahagian abdomen

semua wanita.

“Malah senaman secara konsisten dapat meningkatk­an kesihatan secara keseluruha­n khususnya bagi wanita yang mengalami masalah kesuburan sekali gus mencapai bentuk badan diidamkan menjelang kedatangan Syawal.

“Langkah senaman itu juga tidak terlalu berat dan mampu dilakukan sesiapa saja asalkan mengikut arahan dengan betul,” katanya.

Katanya, luangkan masa beberapa kali seminggu melakukan senaman ini secara konsisten untuk mendapatka­n hasil berkesan luaran serta dalaman.

“Selain mendapatka­n perut yang cantik, senaman itu juga membantu menurunkan berat badan serta mengecilka­n bahagian bermasalah wanita,” ujarnya.

Menerusi tujuh langkah mudah, Nurina berkongsi langkah senaman yang boleh membantu mengatasi masalah perut buncit.

 ??  ?? 1.
2. SETERUSNYA, dalam posisi yang sama, angkat kedua-dua belah kaki dan bertahan dalam kiraan 10.
3. MASIH dalam posisi berbaring, angkat sebelah kaki dalam keadaan lurus manakala sebelah lagi dibengkokk­an. Juga dalam kiraan 10.
4. GERAKKAN...
1. 2. SETERUSNYA, dalam posisi yang sama, angkat kedua-dua belah kaki dan bertahan dalam kiraan 10. 3. MASIH dalam posisi berbaring, angkat sebelah kaki dalam keadaan lurus manakala sebelah lagi dibengkokk­an. Juga dalam kiraan 10. 4. GERAKKAN...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia