Harian Metro

Rekaan eksklusif warna berbeza

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kedatangan Syawal pasti dinantikan setiap umat Islam lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ibu bapa juga tidak ketinggala­n membuat persiapan untuk anak dan baju raya antara agenda utama dititikber­atkan.

Ada yang sudah menempah pakaian sejak awal dan tidak kurang juga yang gemar membuat persiapan pada saat akhir.

Itu tidak menjadi masalah kerana ada pelbagai pilihan yang disediakan bukan saja di butik atau pasar raya malah pembelian dalam talian turut menjadi pilihan.

Butik pakaian kanakkanak, Altayr turut menawarkan koleksi lebaran untuk digayakan si comel. Jika butik lain mempertaru­hkan aneka gaya, butik ini pula menawarkan satu rekaan eksklusif dengan variasi warna berbeza.

Diasaskan oleh

Elya Haron, minat mendalamny­a terhadap bidang fesyen, keusahawan­an, seni dan rekaan sejak kecil membawa jenama itu tampil dengan koleksi pertamanya, Geometric Raya tahun lalu.

Altayr menawarkan koleksi pakaian sedia dipakai (RTW) berunsur minimalis dan kontempora­ri untuk kanak-kanak lelaki. Semua rekaan pakaian jenama itu diubah suai berinspira­sikan fesyen dari negara luar terutama Jepun dan sentuhan ilham Elya sendiri.

Saiz koleksi juga sesuai dan padan untuk kanak-kanak Asia yang majoritiny­a berbadan kecil. Bahkan ia juga dijangka dapat memenuhi selera ibu bapa yang sukakan kelainan dan kualiti dalam memilih pakaian untuk anak mereka.

Menurutnya, idea untuk menubuhkan jenama pakaian kanakkanak sendiri tercetus sejak dia menjadi ibu dan sering menemui kesukaran mencari fesyen pakaian kanak-kanak lelaki yang berkualiti dan menepati cita rasanya terutama semasa musim perayaan.

Menampilka­n lebih 10 warna daripada trend warna tahunan dan berdasarka­n permintaan peminat jenama itu iaitu neutral, pastel dan terang yang sesuai dipadankan dengan pakaian ibu bapa.

Menariknya, jenama ini mengeluark­an satu rekaan unik setiap tahun khas untuk musim perayaan tahun berkenaan di samping menjaga nilai eksklusifn­ya.

Fabrik yang digunakan bagi koleksi itu berasaskan kapas linen lembut berkualiti tinggi, tahan lasak dan selesa untuk kanak-kanak dan cuaca di Malaysia. Kain bercorak moden dan eksklusif dipilih dalam setiap rekaannya.

Setiap rekaan koleksi berunsur minimalis dan kontempora­ri yang tidak terlalu ringkas, malah ia mempunyai tanda pengenalan poket tersendiri dan sering menggunaka­n kolar ‘band’ pada setiap rekaan.

Setiap koleksi bermula daripada RM99 hingga RM139 untuk koleksi perayaan manakala

RM49 ke RM79 untuk koleksi kasual. Harga itu ditetapkan berdasarka­n nilai pada setiap rekaan dan pada sama berdaya saing dan mampu milik.

Menurut Elya, selain koleksi perayaan, dia turut berhasrat mengembang­kan variasi produknya kepada koleksi pakaian harian, kasut dan aksesori kanak-kanak lelaki dan perempuan selain melebarkan sayap ke persada antarabang­sa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia