MITOS ATAU FAKTA
media sosial.
Untuk itu, Gen Y kongsikan lima mitos yang sinonim ketika Ramadan dan fakta berkaitan dengannya.
MITOS 1
Gosok gigi boleh membatalkan puasa
FAKTA
Ia bukan mitos baru kerana kerap diperkatakan ketika Ramadan sejak dulu lagi sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.
Malah, menggosok gigi dibolehkan ketika berpuasa cuma jangan sampai tertelan air.
MITOS 2
Menangis boleh membatalkan puasa FAKTA
Tiada larangan menangis ketika berpuasa, jadi tidak ada sebab ibadah puasa ada terbatal sebaliknya ia sekadar mitos semata-mata.
MITOS 3
Makan banyak ketika waktu sahur boleh mengelak rasa lapar pada siang hari.
FAKTA
Pengambilan makanan berat dan berlemak ketika sahur lebih mengundang rasa lapar kerana anda cenderung hilang tenaga sebelum waktunya.
Jadi, pilih makanan yang tepat dan sebaik-baiknya imbanginya dengan karbohidrat, protein, lemak dan sayuran.
MITOS 4
Puasa menurunkan berat badan FAKTA
Benar, anda tidak makan siang hari namun pengambilan makanan berkalori tinggi semasa berbuka boleh menjadikan berat badan anda bertambah.
Jadi, pastikan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana tidak kira ketika bersahur atau berbuka untuk mendapatkan berat badan ideal.
MITOS 5
Sukan ketika berpuasa boleh memudaratkan
FAKTA
Meskipun tidak makan dan minum, anda masih boleh bersenam atau terbabit dengan aktiviti sukan tetapi sebaik-baiknya, lakukan pada waktu petang iaitu beberapa jam terakhir sebelum berbuka.
Dengan cara itu, anda tidak kehilangan tenaga yang banyak.