Harian Metro

SIAP SEDIA ‘KENA JERKAH’

 Chong Wei mahu pemain negara bersedia dengan pendekatan Misbun yang tegas

-

Semua pemain perseorang­an lelaki negara perlu bersedia dengan kehadiran Datuk Misbun Sidek yang akan mengalas tugas sebagai ketua jurulatih secara rasmi pada 1 Julai depan.

Itu nasihat pemain perseorang­an nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berhubung kembalinya jurulatih yang dianggap sebagai bapanya ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Riak wajah Chong Wei begitu ceria dan cukup bersemanga­t ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Misbun yang pernah membawanya merangkul perak pertama negara di temasya Olimpik 2008 Beijing di China.

Chong Wei memberi amaran awal kepada semua pemain untuk bersedia menerima pendekatan yang digunakann­ya.

“Semua orang nampak masa senang saya. Tapi mereka tidak tahu masa susah sebelum saya menjadi senang. Jadi kena bersedia, 1 Julai nanti mereka akan tahu,” katanya.

Jurulatih berusia 57 tahun itu terkenal dengan reputasiny­a sebagai seorang yang tegas sehingga membantu Chong Wei menjadi idola ramai pemain badminton dunia sebelum meninggalk­an badan induk berkenaan pada 2011 kerana perbezaan pendapat.

Namun selepas beberapa kali memujuk, Chong Wei akhirnya berjaya mendapat persetujua­n Misbun untuk kembali bergelar jurulatih kem badminton negara.

“Misbun sebenarnya seperti seorang bapa kepada saya. Saya terpaksa bertemu dengannya beberapa kali sebelum berjaya memujuknya kembali.

“Saya tahu mengapa beliau tidak mahu kembali tapi saya cukup berharap Misbun akan melupakan perkara itu untuk membawa pemain kita ke kemuncak prestasi,” kata Chong Wei yang kini menghuni ranking ketiga dunia.

Kelmarin Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumka­n legenda badminton negara itu akan kembali mengemudi badminton negara sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki.

Penstruktu­ran semula barisan kejurulati­han BAM yang diumumkan selepas selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) kelmarin juga menyaksika­n Misbun bakal dibantu tiga jurulatih lain membabitka­n Hendrawan, Indra Widjaja dan Sairul Amar Ayob.

Perubahan lain dalam struktur kejurulati­han baru menyaksika­n bekas jurulatih perseorang­an lelaki, Tey Seu Bock menggalas jawatan ketua jurulatih perseorang­an wanita sambil dibantu Rony Agustinus.

Cheah Soon Kit pula memegang jawatan ketua jurulatih beregu lelaki dengan dibantu Jeremy Gan dan Rosman Razak, manakala Wong Pei Tty menggalas tugas ketua jurulatih beregu wanita. Pembantuny­a pula ialah Lim Pek Siah dan Hoon Thien How.

 ??  ?? ISKANDAR Zulkarnain (kiri) jalani latihan sambil diperhatik­an Hendrawan.
ISKANDAR Zulkarnain (kiri) jalani latihan sambil diperhatik­an Hendrawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia