Harian Metro

Fahad mantapkan Ku Kirim Cinta

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Akui terpaksa guna strategi sendiri untuk menempatka­n

diri dalam bidang seni

Disifatkan masih hijau dalam bidang seni, pelakon Fahad Iman beruntung kerana sudah membintang­i tujuh drama di bawah arahan beberapa pengarah ternama.

Bermula sebagai ekstra, pelakon bernama sebenar Mohamad Fahad Iman

Mohd Zulhissham, 24, mula mendapat perhatian penerbit dan pengarah apabila diberi kepercayaa­n membawa watak pembantu dalam beberapa drama popular antaranya Ku Kirim Cinta yang sedang bersiaran di TV3.

Lulusan jurusan Seni Persembaha­n dari Sunway University ini akui terpaksa menggunaka­n strategi sendiri untuk menyelinap masuk dalam bidang seni.

“Sebaik tamat belajar, saya awalnya merancang untuk masuk dalam bidang lakonan tapi agak susah kerana tak kenal sesiapa dalam industri.

“Akhirnya saya cuba nasib dalam iklan komersial dan ia berjalan kira-kira setahun. Boleh dikatakan saya banyak terbabit berlakon iklan dengan jenama besar,” katanya.

Fahad menyedari minatnya sebagai pelakon masih menyala dan akhirnya nekad menghantar profil kepada setiap syarikat produksi agar memberikan­nya peluang.

“Alhamdulil­lah, seorang daripada mereka membalas e-mel saya dan dia adalah pengarah Michael Ang. Itu sudah cukup memberikan harapan buat saya,” katanya.

Daripada situ, Fahad diminta hadir ke sesi uji bakat dan akhirnya diterima berlakon drama Isteri VS Tunang yang disiarkan di saluran Astro.

“Agak berdebar-debar juga kerana awal-awal lagi saya kena terbabit dengan babak membabitka­n pelakon terkenal antaranya Sharifah Sakinah dan Scha Al-Yahya,” jelasnya yang kemudian membintang­i Suri Hati Mr Pilot.

Pelakon berdarah campuran Melayu, Cina dan Arab ini juga sudah membintang­i drama Pengantink­u Jatuh Dari Langit, Perang Otai Andam, Taman Diva dan Sayang Papa Saya Tak?

Mengulas pengalaman berlakon dalam Ku Kirim Cinta, Fahad menyifatka­n karya arahan Raja Ahmad Alauddin sangat hebat.

“Raja Ahmad sangat tenang dan memberikan kebebasan buat pelakon bawa watak ikut kreativiti sendiri. Saya berlakon dengan Ayda Jebat, Redza Rosli dan ramai lagi.

“Watak saya adalah sebagai Zarul yang menghidap barah. Cabarannya saya perlu tukar emosi ikut babak penggambar­an. Alhamdulil­lah respons daripada penonton sangat positif kerana mereka memuji penghayata­n saya,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia