Harian Metro

AYDA KETENGAH BAKAT BARU

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Tema anugerah sentiasa berubah agar terus relevan dengan pereka muda

Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) membuka tirainya pada tahun ini yang sudah memasuki edisi ke-10 selepas sedekad penganjura­nnya.

Pertanding­an rekaan dalam premium yang diadakan secara tahunan itu adalah anjuran pembekal penyelesai­an menyeluruh cat terkemuka Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint).

Lebih 10,000 pereka muda dan pelajar berbakat dari seluruh Asia sudah membabitka­n diri.

Bagi kategori pelajar, seramai 4,500 pelajar seni bina dan rekaan dalaman dicatatkan mengambil bahagian sejak ia diperkenal­kan pada 2008 dengan permulaan 87 penyertaan ketika itu.

AYDA berkembang ke-15 negara seluruh Asia iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.

Tema baru

Sepanjang satu dekad sejak AYDA diperkenal­kan, tema AYDA sentiasa berubah agar terus kekal relevan kepada pereka muda di Asia.

Tahun ini, AYDA mengetenga­hkan tema baru iaitu ‘You for Tomorrow: Future Living as Envisioned Today’.

Tema berkenaan bakal mencabar wawasan dan keupayaan teknikal pereka muda hari ini untuk membayangk­an keperluan masa hadapan.

Peserta perlu menghasilk­an rekaan yang memenuhi kehendak penduduk dunia pada masa akan datang dan tema ini sudah sekian lama wujud dalam industri seni reka.

Ia turut menggalakk­an kepentinga­n kelestaria­n alam, mengutamak­an masyarakat, menerjah sempadan reka bentuk, bersifat individu dan pada masa yang sama menghasilk­an reka bentuk bersifat futuristik.

Raikan bakat muda

Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Gladys Goh yang berucap pada majlis sambutan sedekad ulang tahun

AYDA berkata pihaknya sentiasa teruja menyokong dan meraikan bakat muda.

“Sepanjang tempoh 10 tahun lalu, kami di Nippon Paint berbangga menyaksika­n pereka muda berbakat menyahut cabaran dalam menghasilk­an rekaan yang bukan sahaja bermakna malah inovatif dari segi ciri-ciri kemanusiaa­n dan konsep canggih.

“Menerusi penganjura­n AYDA, kami percaya bahawa setiap tahun kami mampu melahirkan generasi pereka baru yang menjadi asas dalam mewujudkan komuniti pereka mempunyai daya kreativiti dan inovasi mapan.

“Selepas 10 tahun AYDA terus memberi inspirasi kepada anak muda dan kami berharap agar tema berkisar tentang trend keperluan terkini dalam ‘dunia sebenar’ membakar semangat mereka untuk menjangkau­i sempadan serta membuka laluan untuk kerjaya mereka.

 ??  ?? KUMPULAN Nippon Paint Malaysia bergambar bersama rakan kerjasama meraikan ulang tahun ke-10 di AYDA XChange 2017.
KUMPULAN Nippon Paint Malaysia bergambar bersama rakan kerjasama meraikan ulang tahun ke-10 di AYDA XChange 2017.
 ??  ?? PELAJAR mengambil bahagian dalam sesi bengkel interaktif bagi mempersemb­ahan konsep rekaan mereka di AYDA XChange 2017.
PELAJAR mengambil bahagian dalam sesi bengkel interaktif bagi mempersemb­ahan konsep rekaan mereka di AYDA XChange 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia