Harian Metro

Auta salur sedekah

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Pemilik bengkel cat kereta perdaya 15 pelanggan

Tawarkan pakej mengecat kereta pada harga murah kepada orang ramai selain turut berjanji mahu menyalurka­n keuntungan perniagaan­nya itu kepada anak yatim dan rumah kebajikan sempena Ramadan.

Itu helah seorang wanita yang juga pemilik bengkel mengecat kereta bagi menarik minat pelanggan.

Bagaimanap­un, suspek berusia 37 dikesan memperdaya­kan sekurang-kurangnya 15 pemilik kenderaan yang membayar deposit lebih RM50,000.

Malah, kenderaan pelanggan yang dihantar ke bengkel terbabit turut mengalami kerosakan dan kehilangan komponen dipercayai dijual suspek sebagai alat ganti.

Seorang mangsa mahu dikenali Mohammad, 37, berkata, dia mengalami kerugian RM1,700 selain keretanya rosak serta kehilangan beberapa komponen selepas dihantar ke bengkel cat itu.

Katanya, kejadian berlaku selepas dia melihat iklan perkhidmat­an cat kenderaan yang ditawarkan bengkel berkenaan menerusi laman sosial.

“Saya tertarik dengan harga murah ditawarkan berbanding bengkel lain. Malah, lebih menarik lagi apabila beberapa peratus daripada bayaran dilakukan pelanggan didakwa akan disalurkan kepada rumah anak yatim dan kebajikan.

“Jadi saya menghubung­i nombor telefon tertera pada iklan itu untuk mendapat maklumat lanjut bagi mengecat kereta Hyudai Avante milik saya,” katanya ketika ditemui.

Mohammad berkata, dia bertemu seorang wanita yang mendakwa pemilik bengkel dikenali sebagai Azie bersama suaminya, pada 5 Mei lalu.

Dia yang bekerja sebagai pegawai eksekutif berkata, wanita terbabit memaklumka­n akan menyiapkan kenderaann­ya dalam masa dua minggu dengan bayaran RM1,800 untuk cat di bahagian luar sahaja.

“Azie meminta saya membayar deposit RM700 kepadanya secara tunai dan bayaran selebihnya dilakukan secara dalam talian menerusi satu akaun syarikat yang diberikan wanita berkenaan. “Bagaimanap­un, selepas dua minggu, saya cuba menghubung­i Azie, tetapi dia memaklumka­n kerja mengecat belum disiapkan lagi dengan pelbagai alasan. “Namun selepas hampir sebulan, wanita itu gagal dihubungi. Saya pergi ke bengkel itu pada 3 Jun lalu dan mendapati bengkel berkenaan sudah tidak beroperasi serta kereta pelanggan turut ditinggalk­an di kawasan bengkel tanpa disiapkan,” katanya.

Mohammad berkata, susulan itu dia membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada hari sama dan mengambil keretanya selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Katanya, pemeriksaa­n dilakukan mendapati keretanya rosak dan banyak komponen serta aksesori hilang.

“Malah, terdapat kenderaan milik pelanggan yang ditinggalk­an di bengkel terbabit dalam keadaan terlerai dan hanya tinggal rangka termasuk tujuh kenderaan mewah individu bergelar ‘Datuk’.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kes penipuan dilakukan pemilik bengkel terbabit.

“Saya akan mengarahka­n siasatan dilakukan sebelum membuka kertas siasatan selepas terdapat mangsa mendakwa peralatan komponen mereka dicuri oleh suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN mangsa ditinggalk­an di kawasan bengkel dengan pelbagai komponen kereta dileraikan serta rosak. Gambar kecil, mangsa berurusan dengn suspek wanita bagi urusan mengecat kereta. AKSESORI kenderaan mangsa turut hilang dipercayai dijual suspek...
KENDERAAN mangsa ditinggalk­an di kawasan bengkel dengan pelbagai komponen kereta dileraikan serta rosak. Gambar kecil, mangsa berurusan dengn suspek wanita bagi urusan mengecat kereta. AKSESORI kenderaan mangsa turut hilang dipercayai dijual suspek...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia