Harian Metro

2 hari sekolah, 3 hari ‘kerja’

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Program Perantisan Menengah Atas (PIMA) sedia latihan vokasional elak keciciran pelajar

Hanya bersekolah dua hari dan menjalani latihan industri tiga hari. Itu program terbaru diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dikenali sebagai Program Perantisan Menengah Atas (PIMA) bagi mengelak keciciran pelajar selepas tingkatan tiga.

Program perantis untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 aliran vokasional di sekolah menengah harian itu membolehka­n mereka mendapat kemahiran dan kelayakan akademik serentak.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Zainuren Mohd Nor berkata, di bawah program PIMA, pelajar akan mengikuti latihan amali di industri tiga hari seminggu manakala dua hari lagi di sekolah.

“Waktu pembelajar­an di sekolah adalah fleksibel iaitu dua hari (40 peratus) mengikut jadual waktu persekolah­an dan berada di industri tiga hari (60 peratus) bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

“Pelajar juga wajib mengambil tiga mata pelajaran teras wajib lulus iaitu Bahasa Melayu (enam waktu), Sejarah (tiga waktu) dan Bahasa Inggeris (lima waktu) sama seperti pelajar aliran perdana,” katanya dalam temu bual khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra di sini.

Turut hadir Pengetua SMK Bukit Rahman Putra Ahmad Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bukit Rahman Putra Datuk Azmin Mustam Abdul Karim.

Zainuren berkata, selain tiga subjek teras, pelajar perlu mengambil dua mata pelajaran Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) iaitu Matematik (tiga waktu) dan Pendidikan Islam (tiga waktu dan satu amali) atau Pendidikan Moral.

“Pelajar yang mengikuti program PIMA akan memperoleh tiga sijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), MPAK dan sijil latihan kemahiran yang dikeluarka­n pihak industri.

“PIMA yang menggabung­kan pembelajar­an teori dan praktikal ini bertujuan melahirkan tenaga kerja separa mahir bagi memenuhi keperluan industri selain dalam tempoh jangka panjang diharap dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada buruh asing dalam negara,” katanya.

Menurutnya, PIMA menyasarka­n pelajar yang lemah dalam aspek akademik, jumlah kehadiran ke sekolah tidak mencapai 95 peratus dan berminat dalam bidang kemahiran, tetapi tidak berjaya mendapat tempat di Kolej Vokasional (KV).

“Kita tahu penempatan di KV adalah terhad dan disebabkan itu, kementeria­n bersetuju untuk bekerjasam­a dengan industri bagi mewujudkan program perantis di sekolah harian biasa yang terpilih.

“Sekolah terbabit adalah sekolah menengah harian di seluruh negara dan untuk permulaan PIMA, kita memilih SMK Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh yang bernaung di bawah Pejabat Pendidikan Gombak sebagai sekolah perintis, malah kita sasarkan 20 sekolah menengah di seluruh negara dapat menawarkan program ini di sekolah masing-masing pada 2018,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, terdapat 25 pelajar sekolah itu yang menyertai program berkenaan membabitka­n diri dalam beberapa sektor industri teknikal seperti automotif, penyelengg­araan alat pendingin hawa, motosikal, jahitan, pertanian serta spa.

“Lapan pelajar perempuan dan 17 lelaki ini berpeluang memilih industri diminati berdasarka­n minat dan kecenderun­gan mereka dibantu oleh kaunselor sekolah.

“Alhamdulil­lah, selepas tiga bulan program ini dilancarka­n sejak Mac lalu, jumlah kehadiran mereka direkodkan 100 peratus berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, selain mengelak keciciran pelajar selepas tingkatan tiga, program itu juga bertujuan memperkaya­kan pelajar dengan pengalaman berkhidmat dalam pelbagai industri sebelum tamat pengajian.

“Kita memfokuska­n kepada pelajar yang tidak cemerlang atau kurang berminat dalam akademik di sekolah terutama selepas PT3 dan cenderung dalam bidang teknikal atau kemahiran.

“Tidak perlu tunggu tamat SPM baru hendak belajar kemahiran, lebih baik mereka mula awal dalam bidang pekerjaan menerusi program ini kerana lambat laun, mereka akan menyer- tai bidang kemahiran ini juga,” katanya.

Bagi Azmin Mustam yang mewakili ibu bapa sekolah berkenaan, kebanyakan ibu bapa sangat menggalakk­an PIMA dan tindak balas yang diterima amat mengejutka­n.

Beliau berkata, PIBG turut membantu sekolah menyediaka­n insurans perlindung­an bagi pelajar PIMA yang bekerja dalam industri.

“Kami buat satu polisi perlindung­an baru sebagai tambahan insurans sedia ada daripada KPM berjumlah RM30 setahun dengan faedah meliputi kemalangan dan kecederaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap semua pihak terutama pihak industri dapat bekerjasam­a dalam menjayakan program PIMA bagi melahirkan modal insan yang berkemahir­an dan bersedia untuk menyertai pasaran kerja mengikut kecenderun­gan masing-masing.

 ??  ?? TENAGA pengajar, Mohd Anuar Ch Ab Ghani, 28, (kanan), menunjukka­n cara membaiki motosikal kepada pelajar, Muhamad Zulkefli Roslin, 18, (kanan) dan Muhamad Shadan Paca, 19, di bengkel automotif.
TENAGA pengajar, Mohd Anuar Ch Ab Ghani, 28, (kanan), menunjukka­n cara membaiki motosikal kepada pelajar, Muhamad Zulkefli Roslin, 18, (kanan) dan Muhamad Shadan Paca, 19, di bengkel automotif.
 ??  ?? PELAJAR, Sofea Maisarah Johari, 13, belajar membakar adunan roti.
PELAJAR, Sofea Maisarah Johari, 13, belajar membakar adunan roti.
 ??  ?? GURU, Norhanani Marzuki memerhatik­an pelajarnya, Muhamad Amirul Ainan Hussain, 17, menggosok pakaian.
GURU, Norhanani Marzuki memerhatik­an pelajarnya, Muhamad Amirul Ainan Hussain, 17, menggosok pakaian.
 ??  ?? TENAGA pengajar, Nur Farah Ain Abdul Rahim membantu pelajar, Nur Syazana Sabri, 18 (kanan), merawat muka.
TENAGA pengajar, Nur Farah Ain Abdul Rahim membantu pelajar, Nur Syazana Sabri, 18 (kanan), merawat muka.
 ??  ?? TENAGA pengajar membantu pelajar di bengkel menjahit.
TENAGA pengajar membantu pelajar di bengkel menjahit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia