Harian Metro

Jeritan sayu

- Farah Suhaidah Othman am@hmetro.com.my

 Dua beranak mati lemas terhidu asap

“Saya terdengar suara meminta tolong hanya sekali dan kemudian senyap,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Shum sebaik mendengar suara jirannya meminta pertolonga­n.

Shum, 42, jiran kepada wanita warga Thailand, Nongrak Nunyuang, 44, dan anak perempuann­ya, Cheong Li Ying, 12, yang ditemui mati lemas akibat terhidu asap tebal selepas rumah mereka terbakar di Taman Sinaran, di sini, jam 3 pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia tidur sebelum terdengar bunyi hentakan kuat seperti peralatan berat jatuh ke lantai dari rumah mangsa.

“Saya terdengar suara perempuan menjerit meminta tolong lalu keluar dari rumah tetapi terhidu bau asap dari rumah dia (mangsa) sebelum meminta tolong daripada jiran lain untuk memanjat masuk ke dalam rumah itu, namun semua pintu terkunci.

“Kami kemudian memecahkan pintu kaca di bahagian hadapan rumah bagi membolehka­n asap keluar sebelum anggota bomba tiba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

Katanya, mendiang Nongrak bersama anaknya menyewa di rumah berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu sebelum kematian suaminya, Cheong Foo Siong akibat kanser, tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik Superinten­dan Ismail Che Isa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam itu berhubung kejadian sebelum anggotanya bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba anggota polis mendapati rumah teres dua tingkat yang terletak di tengah-tengah terbakar di bahagian bawah.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam bilik hadapan di tingkat atas dalam keadaan terbaring di tepi katil dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaa­n terhadap kedua-dua mangsa dipercayai mereka mati akibat terhidu asap tebal berdasarka­n keadaan fizikal mangsa sempurna dan terdapat perbezaan pada warna kulit saja,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

“Siasatan awal mendapati kejadian bermula dari ruang tengah di tingkat bawah rumah berkenaan, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Yahya Madis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 3.33 pagi sebelum pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati api hampir reda dan dapat dikawal sebelum anggota mencari kedua-dua mangsa terbabit. Mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA forensik bomba menyiasat keadaan dalam rumah terbakar yang mengorbank­an dua beranak di Taman Sinaran, Gerik. Gambar kecil, Cheong.
ANGGOTA forensik bomba menyiasat keadaan dalam rumah terbakar yang mengorbank­an dua beranak di Taman Sinaran, Gerik. Gambar kecil, Cheong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia