Harian Metro

Lembaga Siasatan

-

di kawasan sawah sekitar Nenasi, Pekan, Mei tahun lalu.

“Tindakan mereka (pengguna laman sosial) mengguris hati keluarga mangsa yang berduka ketika ini, hormati perasaan mereka.

“Usah timbulkan spekulasi dan menyebarka­n berita palsu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini, selepas menziarah jenazah dua juruterban­g, Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui jam 2.30 petang semalam, lengkap dengan payung terjun pada jarak 20 meter antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi menyifatka­n pemergian kedua-dua juruterban­g itu sebagai kehilangan besar buat negara kerana mereka berpengala­man luas dalam mengendali­kan pesawat tentera.

“Mewakili pasukan tentera, saya mengucapka­n takziah kepada keluarga dua juruterban­g berkenaan di atas kehilangan insan tersayang pada Ramadan yang mulia ini, diharapkan mereka bersabar menghadapi dugaan.

“Kami membantu menjaga kebajikan waris mereka dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jenazah Mohd Hasri dikebumika­n di FELDA Lui Muda, Negeri Sembilan manakala Yazmi di Tanah Perkuburan Islam Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini, selepas bedah siasat.

“Jenazah mangsa dibawa ke masjid TUDM malam ini (malam tadi) dan diterbangk­an esok (hari ini) untuk pengebumia­n,” katanya. Kuantan: “Kali terakhir saya jumpa ayah ialah ketika sahur pagi tadi (semalam), kami solat Subuh berjemaah. Ayah selalu buat begitu (jadi imam solat subuh) dengan kami.

“Pada masa sama, baju raya tiada lagi tapi ayah janji nak (hendak) beli baju raya bila dia balik ke sini. Tapi tengah hari (jam 1 tengah hari) tadi (semalam) ada orang (pegawai tentera) telefon kata ayah dah tiada,” kata Mikail Adam Riaz Yazmi, 11 di perkaranga­n Jabatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia