Harian Metro

Tawar penginapan sementara

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

 Pelajar Convent of Jesus and Mary Language College hilang ketika selamatkan diri

London

“Saya risaukan keselamata­n rakan baik saya, Jessica yang gagal dikesan sejak kebakaran berlaku di

Grenfell Tower.”

Itu yang diluahkan Aishah Zaki, 12, seorang rakyat Malaysia yang sedang mencari rakan baiknya yang belajar di Convent of Jesus and Mary Language College.

Aishah berkata, pada mulanya dia menyangka semua rakannya yang tinggal di bangunan 24 tingkat itu selamat namun apabila pergi ke sekolah semalam, dia mendapati Jessica gagal dikesan.

“Selepas itu, baru saya mendapat tahu rakan baik yang baru memasuki sekolah dua minggu lalu sedang cuba dijejaki semua orang. Hanya dia yang gagal dikesan manakala ibu bapa serta kakak Jessica selamat dalam kebakaran itu.

“Saya bertambah risau sekarang berikutan pihak berkuasa di sini menyatakan tiada lagi individu yang

London Satu keluarga Malaysia yang menetap di London menawarkan penginapan sementara untuk mangsa kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London.

Pelajar PhD Universiti Oxford, Rowena Abdul Razak, 29, membuat tawaran itu beberapa jam selepas kejadian berkenaan melalui akaun Facebookny­a.

“Berita yang dahsyat mengenai (Grenfell) Tower. Jika sesiapa yang terjejas dan jika saya boleh menawarkan penginapan, mesej saya,” catat beliau.

Menurut laporan berita, blok pangsapuri 24 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum jam 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus-lumus menyelamat­kan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan.

Apabila dihubungi melalui Facebook, pelajar Fakulti Pengajian Oriental itu berkata, rumahnya yang terletak berhampira­n Marble Arch mampu menampung sehingga tiga orang.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh menghubung­i beliau, Rowena berkata, mereka boleh menghubung­inya melalui akaun Facebookny­a.

Rowena berkata, beliau dan keluargany­a dalam keadaan baik kerana kejadian kebakaran itu tidak berlaku berhampira­n rumah keluargany­a.

London

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia