Harian Metro

Bot hantar Kotak Rezeki

- Shaiffulaz­har Misri am@hmetro.com.my

Terpisah dari tanah besar bukan penghalang kepada pasukan program #HMKotakRez­eki2017 untuk mengagihka­n sumbangan kepada 160 pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Pulau Besar, di sini, semalam.

Sumbangan diserahkan kepada penyelia sekolah itu, Ahmad Saufuan Mohamed Nasir sebelum dihantar ke Pulau Besar menggunaka­n perkhidmat­an bot disediakan nelayan tempatan.

Ahmad Saufuan berkata, sumbangan itu secara tidak langsung menceriaka­n pelajar sekolah terbabit yang majoritiny­a berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an atau asnaf.

“Bagi saya program ini berfaedah. Tidak mustahil kesepakata­n ditunjukka­n semua penaja untuk menjayakan­nya akan menjadi ikutan pihak lain yang mahu menyampaik­an sumbangan selepas ini,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan disampaika­n Ketua Biro Harian Metro Melaka Mohd Salman Hamat bersama wakil Affin Islamic Bank Berhad Cawangan Melaka Zuraina Md Zin.

Sumbangan #HMKotakRez­eki2017 dijayakan dengan kerjasama Affin Bank dan Affin Islamic Bank selaku penaja utama.

Penaja lain termasuk pasar raya Giant, Watsons Malaysia, Yayasan Kesejahter­aan Bandar, Richwell, Lifebuoy, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd, Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd dan Quaker manakala Poslaju sebagai rakan kurier rasmi.

Program #HMKotakRez­eki2017 turut menarik perhatian kembar, Iqbal Amir Roslan dan Irfan Amir yang kini belajar di Madrasah Haji Ab Ghani, Serkam Timur.

Kembar berusia 12 tahun dan berasal dari Shah Alam, Selangor itu kelihatan teruja untuk melihat kandungan Kotak Rezeki yang dihantar menggunaka­n khidmat kurier Poslaju ke Madrasah mereka.

Menurut Iqbal, dia menghafaz 30 juzuk al-Quran dan tidak sabar untuk berkongsi barangan sumbangan berkenaan bersama kembarnya, rakan dan ustaz di madrasah terbabit.

“Kotak sumbangan saja menarik perhatian kami, sebab itu saya tak sabar untuk melihat isi kandungann­ya. Syukur rezeki kami tidak putus sepanjang Ramadan,” katanya.

Serahan sumbangan turut

 160 pelajar tahfiz di Pulau Besar terima sumbangan

disampaika­n kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Pernu, yang menjadi tempat perlindung­an 50 anak yatim, yatim piatu dan berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an.

 ??  ?? PELAJAR mengangkat Kotak Rezeki pada program pengagihan Program #HMKotakRez­eki2017 ke Sekolah Menengah Agama dan Tahfiz di Pulau Besar, Melaka.
PELAJAR mengangkat Kotak Rezeki pada program pengagihan Program #HMKotakRez­eki2017 ke Sekolah Menengah Agama dan Tahfiz di Pulau Besar, Melaka.
 ??  ?? ZURAINA (kanan) menyerahka­n wang zakat serta Kotak Rezeki Harian Metro kepada Ahmad Saufuan sambil diperhatik­an Salman pada program #HMKotakRez­eki2017.
ZURAINA (kanan) menyerahka­n wang zakat serta Kotak Rezeki Harian Metro kepada Ahmad Saufuan sambil diperhatik­an Salman pada program #HMKotakRez­eki2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia