Harian Metro

Kongsi berkat

Bomba, polis daerah Besut terima #HMKotakRez­eki2017

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut masing-masing menerima sumbangan makanan ringan sempena Program #HMKotakRez­eki2017 sebagai menghargai pengorbana­n anggota pasukan keselamata­n yang bertugas tanpa mengira masa.

Sebanyak 25 kotak diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Besut Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi di IPD Besut, manakala 25 kotak lagi diserahkan kepada Ketua BBP Besut Mohd Zailani Abdullah.

Mohd Zamri berkata, pihaknya berterima kasih dengan sumbangan Harian Metro bersama rakan penaja lain dan berharap hubungan terjalin antara dua pihak akan bertambah erat.

“Kotak rezeki ini akan diagihkan kepada anggota yang bertugas pada hari raya pertama nanti,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zailani pula berkata, inisiatif Harian Metro menyampaik­an sumbangan berkenaan wajar dipuji sebagai tanda menghargai hubungan antara pasukan keselamata­n dan media.

“Jumlah pemberian tidak penting tetapi yang penting ingatan Harian Metro kepada kami,” katanya ketika ditemui di BBP Besut, di sini.

Sebelum itu, sumbangan sama turut disampaika­n kepada IPD Setiu yang diwakili Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Asisten Superinten­dan Azirah Arshad.

Pengagihan #HMKotakRre­zeki2017 itu dilakukan wartawan Harian Metro Terengganu Zatul Iffah Zolkiply.

#HMKotakRez­eki2017 dijayakan dengan kerjasama Affin Islamic Bank selaku penaja utama selain Pasaraya Giant, Watson Malaysia, Lifebuoy, Richwell, Massimo by The Italian Baker Sdn Bhd dan Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd, manakala Poslaju sebagai rakan kurier.

 ??  ?? ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Besut menunjukka­n Kotak Rezeki yang diterima.
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Besut menunjukka­n Kotak Rezeki yang diterima.
 ??  ?? ZATUL Iffah (kanan) menyerahka­n Kotak Rezeki kepada Azirah.
ZATUL Iffah (kanan) menyerahka­n Kotak Rezeki kepada Azirah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia