Harian Metro

Minta mahkamah percepat hukuman kemalangan maut

-

Kuala Lumpur: “Mahkamah diminta mempercepa­tkan hukuman bagi kes kemalangan maut kerana ia adalah kes yang sangat serius,” kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Malah, katanya, beliau juga berharap semua denda yang berkaitan dengan kemalangan maut dapat dipertingk­atkan lagi.

“Menyebabka­n kemalangan maut adalah kes yang sangat serius. Perkara ini macam membunuh orang. Membunuh orang pun adalah kes yang sangat serius. Kemalangan jalan raya pun membunuh nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Op Bersepadu sempena Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2017, di KL Sentral, di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk menetapkan hukuman lebih berat bagi pemandu cuai hingga menyebabka­n kematian.

Menurut statistik PDRM, kemalangan jalan raya direkodkan pada 2016 meningkat kepada 521,466 kes berbanding 489,606 kes pada 2015.

Manakala kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat kepada 7,152 pada 2016 berbanding 6,706 kematian pada 2015. Hampir 63 peratus daripada jumlah mangsa kemalangan maut adalah pengguna motosikal yang mencatatka­n 4,485 mangsa.

Bagi tempoh dua minggu sempena Aidilfitri tahun lalu, PDRM merekodkan sebanyak 20,982 kemalangan yang membabitka­n 299 kematian.

Mengulas mengenai peningkata­n angka itu, Liow berkata, ia tidak bermakna kempen keselamata­n jalan raya diadakan pihaknya gagal, sebaliknya ada beberapa faktor seperti bilangan kenderaan dan penduduk yang semakin meningkat.

“Kami nak tingkatkan kesedaran dan menyelamat­kan nyawa. Saya harap melalui kempen ini kami ada komitmen tinggi untuk selamat nyawa. Saya nak lihat rakyat kita komited dalam kempen ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia