Harian Metro

‘Saya nak beraya’

- Raja Noraina Raja Rahim dan Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

 Pemandu treler tidak diwakili peguam rayu ikat jamin rendah

“Saya nak beraya (menyambut hari raya), saya nak balik beraya di rumah. Saya mohon ikat jamin paling rendah.”

Demikian rayuan pemandu treler Norzailan Omar, 44, ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga mengakibat­kan lapan maut di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang

Risda Palong, Ahad lalu.

Sebelum itu, Norzailan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Pengarah Pendakwaan negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Timbalan

Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah yang mengendali­kan kes itu menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.

Tertuduh berasal dari Triang,

Pahang, bagaimanap­un membuat rayuan mengurangk­an jumlah jaminan itu kerana tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, Norzailan didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabka­n kematian lapan pemandu dan penumpang Proton Exora serta Perodua Myvi.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM20,000 serta lesen memandu digantung selama tiga tahun.

Selepas mengambil kira rayuan tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan, mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan terbabit.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Ahad lalu, enam beranak, Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, Masnoraida M Yusoff, 45, Wan Muhammad Muhaimin, 22, Wan Nor Athirah, 18, Wan Mohd Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisya, 7, rentung selepas Proton Exora yang mereka naiki terbakar akibat kemalangan itu.

Turut terkorban, pemandu dan penumpang Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan Rosniza Othman, 32, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif berusia tiga tahun parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia