Harian Metro

‘Doakan kami...’

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

 Ibu jalani pembedahan hati untuk anak

“Saya akan menjalani pembedahan (hari ini) bagi mengambil sebahagian hati saya dan diikuti oleh Alfieya. Semoga doa keluarga, kenalan dan rakyat Malaysia mengiringi kami dan memberi kekuatan untuk menghadapi pembedahan utama ini,” kata Norazreena Ahmad, 36, yang kini berada di Hospital Renji di Sekolah Perubatan Universiti Jiao Tong, Shanghai, China.

Norazreena berkata, dia dan bayinya yang berusia 11 bulan, Alfieya Masri juga menjalani pelbagai saringan kesihatan dan bersyukur apabila semua keputusann­ya positif, seterusnya membolehka­nnya meneruskan hasrat menderma 30 peratus daripada hati kepada anak bongsunya itu.

Menurut Norazreena, suaminya, Masri Moien, 36, juga menemaniny­a di hospital berkenaan dan sentiasa memberi semangat untuk tabah menjalani pembedahan berkenaan.

“Pembedahan ini adalah ikhtiar saya bagi menyelamat­kan nyawa anak, namun saya reda dengan apa saja ketentuan Allah. Tiada ungkapan selain terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sedia menyumbang RM180,000 bagi membolehka­n saya meneruskan hasrat menderma hati kepada Alfieya.

“Terima kasih tidak terhingga juga buat rakan saya yang sanggup menjual BMW 328i miliknya sebelum wang jualan disumbangk­an kepada kami, Pertubuhan Kebajikan Nadi Pertama yang menguruska­n perjalanan kami ke sini selain pembaca Harian Metro,” katanya menerusi pesanan dihantar melalui aplikasi WhatsApp, semalam.

Norazreena berkata, dia yakin setiap ibu yang berada di tempatnya tidak akan berfikir panjang untuk menderma organ masing-masing demi menyelamat­kan anak.

Menurutnya, pembedahan berkenaan dijangka memakan masa 10 jam dan selepas pembedahan selesai, dia dan Alfieya perlu mendapatka­n rawatan susulan di hospital berkenaan selama hampir tiga bulan.

“Pembedahan di China membabitka­n pemindahan 30 peratus hati saya kepada Alfieya dan rawatan pemulihan akan memakan masa sehingga tiga bulan.

“Saya dimaklumka­n, selepas pembedahan, Alfieya akan ditidurkan selama seminggu, manakala saya pula perlu berehat di katil sehari dua. Saya mohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kami,” katanya.

 ??  ?? NORAZREENA dan Alfieya bergambar kenangan bersama wakil Persatuan Nadi Permata ketika dalam perjalanan ke China pada 23 Mei lalu.
NORAZREENA dan Alfieya bergambar kenangan bersama wakil Persatuan Nadi Permata ketika dalam perjalanan ke China pada 23 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia