Harian Metro

Dana perkasa pendidikan Islam

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 TPM umum peruntukan awal hasil sumbangan organisasi, yayasan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam mengumumka­n dana RM10 juta bagi pelaksanaa­n aktiviti dan memperkasa­kan pendidikan Islam di negara ini.

Beliau berkata, dana berkenaan adalah sumbangan daripada badan organisasi dan yayasan selepas rundingan dibuat bersama pihak berkenaan.

“Saya umumkan dana RM10 juta untuk menterjema­h pelaksanaa­n aktiviti pendidikan Islam di negara ini dan ia adalah dana awal.

“Dana ini tidak datang daripada dana kerajaan. Saya berunding dengan tiga atau empat organisasi serta yayasan dan mereka komited terhadap pemberian dana ini,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Penutup Warshah Islah Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelaras­an Pelajaran dan Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Warshah Islah Pendidikan Islam LEPAI yang berlangsun­g selama tiga hari hingga semalam, menghasilk­an tujuh resolusi dalam memperkasa­kan Pendidikan Islam di negara ini.

Turut membentang­kan resolusi itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha yang mencadangk­an satu mekanisme khas diwujudkan bagi meningkatk­an hubungan dan kerjasama antara persekutua­n dengan negeri dalam mengurus dan membangunk­an perkara berkaitan pendidikan Islam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu resolusi yang dikemukaka­n itu hanya sekadar di atas kertas, sebaliknya usaha perlu dilakukan untuk melaksanak­annya.

“Kita mahu memperkuku­hkan didikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan ia bukan usaha tempelan, tetapi harus dijadikan asas pengukuhan roh Islam,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Zahid menunjukka­n Resolusi Warshah selepas diserahkan oleh Pengerusi LEPAI Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor (kanan) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.
AHMAD Zahid menunjukka­n Resolusi Warshah selepas diserahkan oleh Pengerusi LEPAI Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor (kanan) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia