Harian Metro

Rugi tamak dunia, untung tamak akhirat

- Ahmad Fahim Rabani

Tamak satu sifat mazmumah atau keji yang tidak sepatutnya berada dalam jiwa manusia. Sifat yang lazim dikaitkan dengan sikap mementingk­an diri sendiri. Tidak hirau akan nasib dan masalah mahupun musibah yang berkemungk­inan berlaku pada pihak lain. Apa yang penting segala keinginan dihajatiny­a akan tercapai. Sama ada dengan menggunaka­n jalan sah ataupun tidak. Tamak sinonim dengan perkataan haloba, kadangkala lahap. Memberikan gambaran, dia saja yang mahu membolot segala perkara. Tidak mahu berkongsi atau memberikan agihan nikmat yang dimiliki kepada insan atau kelompok lain. Kalau pun diberi hanya dalam bentuk saki-baki saja.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 180 yang bermaksud: “Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka daripada kurniaan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Hakikatnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka tamakkan itu akan dikalungka­n kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah jualah segala warisan yang berada di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Dengan tegas Allah katakan keuntungan yang mereka fikirkan sebagai baik dengan tidak menginfaqk­an harta pada jalan Allah, hakikatnya amat keji. Secara psikologin­ya juga ada kebenarann­ya. Kerana mereka terpaksa memikirkan di manakah tempat yang paling selamat untuk disimpan. Benar-benar selamat atau tidak? Di dunia tidak tenteram, apatah lagi di akhirat. Bahkan akan diazab. Perlu diingat pemilik mutlak bagi harta adalah Allah. Kita hanya pengguna dan pemegang amanah saja.

Tidak lebih daripada itu. Dan Islam mengajar umatnya agar berinfaq. Kerana apa? Kerana dalam setiap bahagian harta ada hak serta kepunyaan orang lain. Sebagaiman­a firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 19 dengan maksud: “Dan pada harta mereka terdapat hak bagi golongan yang meminta-minta serta golongan yang tidak mahu meminta (walaupun mereka berhak untuk menerimany­a).”

Dalam Islam kalau mahu harta bertambah, memang kena belanja dulu. Sumbang dan infaq. Baru bertambah. Bahkan berganda-ganda ia akan bertambah. Itu janji Tuhan. Kalau disekat, disukat apatah lagi kikir dengan apa yang telah diperoleh selama ini, percayalah ia akan berkurang. Tidak akan bertambah. Kenapa tidak bertambah? Kerana tidak ada keberkatan. Itu prinsip harta dalam Islam. Malah, Rasulullah SAW juga menegaskan kepada kita di dalam sebuah hadis yang dirakamkan oleh Imam al-Tirmizi maksudnya:

“Tidak akan berkurang harta seseorang hamba dengan bersedekah (tidak akan miskin).”

Dilihat pada skop pemikiran, mereka yang tamak atau bakhil ini boleh diklasifik­asikan sebagai golongan yang memunyai ‘problemati­c thought process’. Membawa kepada maksud sebagai golongan yang lazimnya hanya melihat daripada perspektif mereka semata-mata. Tanpa menilai kesan tindakan ynag akan berlaku. Bahkan dalam banyak keadaan mereka akan melakukan dulu apa saja yang mereka fikirkan betul. Tetapi selepas perkara itu berlaku atau kesan keburukan itu disaksikan sendiri oleh mata kasar mereka, barulah mereka akan sedar tentang perbuatan mereka. Namun sebagaiman­a kata orang-orang tua kita, nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang dapat dibaiki.

Berita petani serta penanam buah mangga harumanis di Perlis pada tahun ini amat menyentuh banyak golongan. Tahun-tahun sebelumnya, mangga yang mempunyai keistimewa­annya tersendiri ini sudah menjadikan Perlis tersohor dengan keenakanny­a. Hingga dicemburui oleh negeri lain. Sedih apabila pada musim tahun ini, terpampang di dada akhbar berita lambakan mangga harumanis yang banyak sehingga mengakibat­kan kejatuhan harga yang mendadak. Andai dilihat pada beberapa laporan akhbar, ada yang mengatakan ia berpunca daripada mainan harga oleh segelintir pihak yang menetapkan harga jualan dari ladang dengan harga yang mahal. Memberi tekanan kepada peraih serta peruncit untuk menjualnya kepada pelanggan dengan harga murah dan munasabah. Pihak FAMA sendiri tidak dapat membantu untuk memudahcar­akan penjualan andai pihak penanam sendiri menetapkan satu siling harga yang tidak dapat diserap oleh FAMA. Kerana antara objektif FAMA ditubuhkan untuk membantu masyarakat umum dalam mendapatka­n barang yang diperlukan dengan harga berpatutan. Andaikata daripada awal lagi sudah melambung harga yang ditawarkan, mana mungkin ia dapat dijual dengan harga sewajarnya. Tatkala lambakan mula berlaku dan harga menurun secara mendadak, siapa yang rugi? Jika laporan ini dapat disahkan oleh pihak Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, jelas sifat tamak segelintir pihak ini hanya merugikan diri sendiri. Tidak hanya mereka, penanam harumanis juga terbabit.

Namun sifat tamak dan bakhil ini hakikatnya andai diletakkan pada tempatnya yang betul, ia amat berbaloi. Iaitu tamak dan haloba dalam mendapatka­n rahmat Allah. Haloba dalam meraih ganjaran ampunan dan reda Allah. Lebih-lebih lagi kita berada di sepuluh hari yang akhir dalam Ramadan pada tahun ini. Belum pasti lagi kita akan bertemu dengan Ramadan tahun hadapan. Makanya kita mesti fokus dan masih bernafsu dalam mendapatka­n nikmat ampunan serta pahala daripada Allah. Masyarakat Islam umumnya maklum dan mengetahui di dalam pusingan terakhir ini terdapat satu malam yang jauh lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam al-Qadar. Malam yang menjanjika­n ketenangan bagi mereka yang mencari ketenangan. Malam yang akan mengkabulk­an semua hajat serta permintaan bagi mereka yang merintih. Itu janji Tuhan. Sewajarnya setiap diri insan Mukmin Islam tetap ghairah untuk mendakap semua habuan yang dijanjikan Allah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia