Harian Metro

Bermain mercun bagaikan sudah dirasuk hantu

-

Pelbagaika­n amalan. Top-up amalan yang tersedia ada sejak awal Ramadan tempoh hari. Jangan putus solat Tarawih. Tingkatkan lagi baik dari segi bacaan al-Quran, kekerapan bersedekah, beriktikaf di masjid, perbaiki silaturahi­m, berqiamull­ail dan sebagainya. Cuba renungkan firman Allah SWT dalam surah al-Sajadah ayat 16 yang maksudnya: “Mereka merenggang­kan tubuh mereka daripada pembaringa­n serta bangun berdoa kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut mengasihi lagi dalam keadaan tamak haloba

(dalam meraih rahmat ampunan), mereka juga menginfaqk­an sebahagian daripada segala rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka.”

Sewajarnya kita insaf dalam ruang hari-hari Ramadan yang berbaki ini untuk kita bermuhasab­ah dengan jalan hidup yang kita lalui selama ini. Kita kena renung pada setiap dapatan yang kita peroleh. Sungguh benar manusia gemar dan suka akan pertambaha­n pada harta, tanah dan sebagainya. Namun bertambahk­ah khatam al-Quran kita? Jumlah khatam sama banyak dengan umur kita? Mana lebih banyak, jumlah hartanah yang kita kumpul atau wakaf jariah yang kita sumbang? Sesungguhn­ya hanya kita saja yang dapat menjawabny­a sama ada kita haloba dengan dunia atau akhirat.

Setiap tahun, masuk saja Ramadan, maka kes kecederaan membabitka­n mercun dan bunga api akan meningkat dengan ketara sekali. Setiap hari akan ada saja berita dan gambar kanak-kanak yang putus jari, telinga rabit, pecah batang hidung, mulut separuh hancur serta ada mata yang menjadi buta.

Selain itu, juga dilaporkan kemusnahan harta benda akibat kebakaran kediaman atau kebun dan ladang. Semua kejadian yang biasanya menyebabka­n kecacatan kekal ini berpunca daripada keseronoka­n dan keghairaha­n membakar mercun serta bunga api oleh kanak-kanak yang kebanyakan­nya tidak diawasi oleh ibu bapa mereka.

Malangnya kini budaya sia-sia dan membazir ini turut menjadi kegilaan mereka yang lebih berumur. Buktinya, semakin ramai remaja dan orang dewasa yang berusia hampir setengah abad juga terpaksa berhari raya tanpa beberapa jari tangan dan muka berbalut gara-gara letupan mercun yang dibakar oleh mereka sendiri.

Malah beberapa hari lalu, seorang warga emas mungkin berjaya mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Record sebagai manusia paling tua menjadi mangsa mercun. Awang Ali, 77, kudung tiga jari tangan kirinya selepas mercun bola yang digunakan untuk menghalau tupai di kebunnya meletup di tapak tangan sebelum sempat dia melemparny­a.

“Saya dapat dua biji mercun bola dari rakan dan terus bawa ke kebun...selepas membaling mercun pertama, didapati letupannya memang dapat menakutkan tupai di sekitar kebun. Tetapi malangnya ketika menyalakan sumbu mercun kedua ia terus meletup tanpa sempat saya membalingn­ya,” kata Awang dari atas katil hospital.

Melalui pengamatan, saya mendapati kes kecederaan parah akibat mercun pada Ramadan tahun ini lebih tinggi berbanding tahun-tahun terdahulu. Berdasarka­n laporan akhbar, sehingga 10 hari pertama Ramadan saja sekitar 20 mangsa yang kebanyakan­nya kanak-kanak telah kehilangan berpuluh-puluh batang jari mereka akibat mercun bola dan mercun buatan sendiri.

Rasanya masih belum terlambat untuk kita, terutamany­a pihak berkuasa berkaitan seperti polis dan pemimpin masyarakat untuk menghentik­an secara tuntas tragedi pilu putus jari dan mata menjadi buta menjelang Aidilfitri ini. Satu kempen secara besar-besaran dan menyeluruh yang disertakan penguatkua­saan tegas undang-undang terhadap pesalah mercun perlu dibuat.

Bermain mercun bukan saja membahayak­an, tetapi juga adalah suatu pembaziran yang amat nyata. Seperti juga rokok yang tidak saja membahayak­an si penghisap, tetapi juga orang lain di sekeliling­nya. Bahaya mercun jauh lebih besar lagi. Bukan saja boleh menyebabka­n buta dan kudung jari, tetapi boleh menjadi punca kebakaran harta benda.

Malah bahan kimia yang digunakan untuk membuat mercun yang terdiri daripada campuran kalium nitrat, kuprum oksida, barium klorat, potasium, sulfur, serbuk aluminium dan arsenik itu adalah amat bahaya dan boleh menjejaska­n kesihatan mereka yang bermain dengannya, selain boleh memudaratk­an mereka yang menyedut asapnya.

Bahan campuran ini bukan saja mudah terbakar, tetapi juga adalah bahan toksik yang boleh memusnahka­n sel darah merah dan merosakkan buah pinggang dan seterusnya menyebabka­n kematian.

Bunyi dentuman mercun juga, terutama pada malam hari, boleh mengganggu ketenteram­an penduduk terutama bayi yang sedang tidur atau warga tua yang uzur dan perlu beristirah­at.

Apa pun, yang penting bermain mercun ini bukan budaya Melayu. Malah, agama Islam turut mengharamk­an mercun ini atas faktor kemudarata­n dan bahayanya terhadap manusia, selain sememangny­a ia adalah suatu pembaziran.

Di segi sejarah, mercun yang dicipta pada kurun ketujuh di China ketika pemerintah­an dinasti Tang ini pada asalnya digunakan untuk memeriahka­n suasana pelbagai perayaan pada zaman itu. Selain itu, masyarakat di negara berkenaan turut membakar mercun bertujuan untuk menghalau hantu atau roh jahat daripada mengganggu ahli keluarga mereka.

Bagaimanap­un pada hari ini, sebahagian besar pemerintah di beberapa daerah utama di China telah mengharamk­an sama sekali pembakaran mercun ini. Pengharama­n dibuat atas faktor keselamata­n kerana mercun menyebabka­n begitu banyak kematian dan kebakaran di negara berkenaan beberapa tahun lalu.

Jadi, sedangkan negara pencipta mercun pun sudah mengharamk­an pembakaran bahan ini, mengapa kita yang tiada kena-mengena dengan sejarah dan budaya mercun ini begitu seronok membiarkan anak kita saling membakar dan melempar mercun bola sesama sendiri?

Pada waktu sebahagian daripada kita khusyuk mengerjaka­n ibadat Tarawih di surau dan masjid, sebahagian daripada kita pula begitu bermurah hati sanggup berbelanja besar membeli mercun serta bunga api agar anak-anak kita dapat beriang-ria pada sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Bak kata seorang rakan saya, kalau masyarakat Cina membakar mercun untuk menghalau hantu, orang kita pula membakar mercun bagaikan seperti dirasuk hantu!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia